Alhamdulillah. Sudah 2 hari semester baru bermula. Awal semester, masih selesa. Saya sudah mulakan pengajaran hari ini. Tiada istilah 'burn kuliah' di minggu pertama bagi saya. Walaupun agak lambat, para pelajar nampaknya masih boleh menerima apa yang diajar. Kelas bercampur latarbelakang pelajar. Maka, saya ambil keputusan untuk mengutamakan corak pengajaran buat pelajar yang lemah. Semoga semester ini saya dapat belajar sesuatu dari mereka. Dalam pada saya merungut-rungut mahu berkuliah, banyak entry Prof Kamil dan Pn Roza berkisar betapa 'manis'nya mereka dengan pelajar. Saya kira itu peringatan dari Allah secara tidak langsung buat saya. Alhamdulillah.
***
Anak-anak nampaknya main pass baton demam mereka. Bermula dengan 'Alawi, kemudian Rifaie, pass pula pada Aisyah dan patah ke Rifaie (hari ini) Alhamdulillah kami menanganinya dengan berlapang dada. Rasa sayang dan kasihan silih berganti bila melihat anak melepek. Rasanya biarlah diberi kesakitan itu untuk saya. Tapi kalau saya yang sakit lagi parah semua orang keh.. keh.. takde lah. Kira dua tiga minggu ni muka kami duk keluar masuk klinik. Risau juga, nak juga suruh Dr cek walaupun boleh ambil ubat saja. Petang ni ke klinik lagi dan rasanya perlu urut juga sikit-sikit.
Nota: Pengorbanan ibu bapa.
2 comments:
Salam..alhamdulillah...semoga akak hepi..dah ada kawan sebilik tue ?..
Hari tu tutor fizik (jauharah) nak duduk.. tapi last2 dia kata dia nak duduk sebilik ngan amira pulak.. so.. still sorg2..
Lama tak dengar berita. Sihat? Bizi yer?
Post a Comment