Pages

14 July 2010

Bunga

Bismillah

Bunga hati

Ini bunga di hati saya. Adanya mereka menjadi penyeri kehidupan rumahtangga. Rindu gelagat dan kenakalan masing-masing bila pergi kerja.


'Alawi
Anak bujang yang seorang ini sudahpun besar dan bijak. Kata-katanya tersusun ayat demi ayat. Mana dia dapat vocab saya pun tak tahu. Mungkin dari pengaruh sekitar. Setakat ini Alhamdulillah.. ceria ke sekolah. Saya dan en suami tidaklah terlalu menekan pembelajarannya pada usia yang masih kecil. Cikgu-cikgu sekolahnya pun tak strict sangat. Tetapi apabila menganjak ke usia 6 tahun, saya telah plan beberapa persediaan dia. Sedikit demi sedikit perlu didedahkan dengan peraturan persekolahan biasa terutama dalam menyempurnakan kerja sekolah dan lebih dipaksa untuk mengaji. Moga misi berjaya.

Aisyah
Sudah sibuk-sibuk nak bersekolah. Dari dulu Aisyah agak berdikari dan berani. Adakala tindakannya membuatkan kami susah hati sebab sebarangan saja. Biasa waktu petang sebelum kecoh-kecoh mandi, saya akan bagi Aisyah dan 'Alawi main basikal di porch kereta sahaja. Puas pesan jangan main di luar pagar sebab tu kan jalanraya.. tapi Aisyah yang memang sedia ikut suka hati selalu buka pintu pagar dan kayuh basikal ke luar. Jalan depan rumah memang tak banyak kenderaan tapi sebab tak banyak tu lah orang kadang-kadang bawa laju. Dahlah rumah saya ni dekat dengan simpang. Sekarang, kalau saya tak ada nak tengok mereka main, saya akan kunci pagar. Hmmm.. dalam pada berani dia tu, masih ada sifat keperempuanan. Mainan dia mesti anak patung dan gemar juga buka handbag saya cari bedak grrrrrrr..

Rifaie
Si manja. Manja-manja berani terlebih. Lebih berani dari Aisyah dan sangat sangat sangat suka memanjat. Tak tahan kadang-kadang sebab risau dia yang tak berapa stabil tu tapi panjat sana sini. Saya ada satu sofa khas untuk tengok TV. Keadaan sofa yang melengkung ke atas (ikut postur tubuh) membuatkan anak saya ni panjat dari bawah ke atas dan bila sampai di tempat letak kepala di atas dia berdiri atas tu.. Uhuk uhuk uhuk.. seriau kami menengoknya yer.. Satu lagi, mujur juga gril saya bukan petak-petak. Bila balik kampung, kedua-dua kampung gril pintunyanya petak-petak (rumah kampung kan..). Maka.. kami dapat kerja jaga gril sebab dia sangat suka memanjat petak-petak gril tu sambil loncat-loncat. Bila buka jer gril dia automatik keluar dan duduk main dalam longkang.. hai lohhhh..

Tetapi apa juga yang mereka buat, seronok tengok.. hahhahah.. walaupun kengkadang gerrraaaammmmm jerr... grrr..

***
Pokok bunga

Rumah saya tiada kawasan tanah untuk menanam. Masa beli dulu, saya rasa ia tidaklah perlu sangat.. tapi lama-lama saya rasa rugi pula tiada tanah. Namun, ada hikmahnya. Sebab Allah Maha Mengetahui saya tiada cukup masa untuk maintain semak samun di tanah.. keh.. keh..

Saya tidak suka bercucuk tanam dulu. Sebagaimana dulu saya tidak suka memasak. Namun, masa dan usia nyata merubah seseorang. Sewaktu mengandungkan Aisyah, saya tiba-tiba jadi sukakan pokok bunga. Entah. Bermula itulah saya membeli beberapa pokok bunga dan juga menanam pokok untuk kegunaan di dapur. Pernah dulu saya menyatakan saya tidak gemarkan orkid. Betul. Orkid tidak pernah tersenarai dalam pokok yang saya akan tanam, kononnyalah.. Kuasa Allah yang nyata boleh membolak-balikkan hati hambaNya, kini orkid antara pokok yang sangat saya gemar. Bila berpindah ke rumah sendiri, saya siap menempah 'kondo' untuk orkid-orkid saya yang kebanyakannya saya ambil cutting dari emak dan emak mertua saya.

Pokok-pokok semua sihat sehinggalah saya mengandungkan Rifaie setelah 2 bulan mendiami rumah baru. Bermakna, di kediaman baru, hanya 2 bulan saya sempat memanjakan pokok-pokok kerana apabila mula fasa mengandung saya seakan mabuk melihat pokok-pokok yang ada. Bau daunnya membuatkan saya loya dan akhirnya mereka terbiar dan hanya mengharapkan jagaan en suami yang ikut suka hati nak siram bila apatah lagi nak membaja.. huhuhu..

Akhirnya, setelah hampir 2 tahun, Rifaie pun dah besar dan saya dah tak teruk sangat.. barulah saya mula membelek pokok dengan bersungguh. Alhamdulillah.. tak banyak yang mati walaupun ada juga yang kering kontang. Saya mula repot (tukar pasu dan medium tanaman) orkid yang agak-agak segan nak hidup tapi tak mati, susun semula kedudukan pokok, cantas mana-mana yang patut dan baja dengan teratur.. Alhamdulillah.. kini..


Dua orkid ini sedang berbunga.. dua-dua jenis dendrobium. Bunganya lama jika kadar kena air hujan tu kurang..


Orkid Cattleya. Saya ambil cutting di rumah emak. Sepanjang ditinggalkan akarnya penuh pasu, tapi tidak ada keiki (anak pokok). Bila saya jaga semula, beberapa keiki mula tumbuh. Harap-harapnya akan berbunga.


Orkid phalaenopsis apa tah. Beli. Pun segan-segan hidupnya. Daun tak membesar.. bila mula jaga, akar baru berlumba-lumba keluar dan daun mula subur.


Ni Hoya. Bunganya cantik dan banyak jenis. Jenis apa ni belum diketahui sebab belum pernah berbunga. Ianya menjalar. Saya beli cutting kecil RM5 sepasu 2 tahun yang lalu. Tak lama lepas beli, saya mengandung dan dia terbiar dalam potnya. Sedih tengok sebab tak besar-besar tapi tak juga mati. Tak ada sebarang pertumbuhan. Bila saya dah mula menjaganya semula, saya tukar pasu, tukar juga tanah.. nampaknya sihat, daun membesar dan pucuk baru keluar. Mahu tambah koleksi Hoya tetapi bila baru ni pergi ke nurserynya, sudah tutup operasinya. Mungkin nursery berpindah ke tempat lain wallahua'lam. Saya terjumpa jualan Hoya secara online, dan saya beli 3 pokok berlainan jenis buat permulaan.

Ini yang saya beli, contohnya bunganya begini..

Hoya Finlaysonii


Hoya Mitrata

For both picture credit to here.


Hoya Latifolia
Credit to here.

Ini pula rumah orkid yang tak seberapa..

Nama rumah orkid, tapi macam-macam pokok. ada juga pokok bergantung yang old timer. Saya minat juga dan mudah nak jaga. Cantik bila tergantung penuh pasu.

Pokok ong(?) pemberian Emak saya yang subur tak muat pasu tapi tak rajin nak repot..

Daunnya kuning. Pelik. Saya dan en suami suspect kucing kencing.

Ini pula pemberian Emak mertua saya. Masa dia bagi kecil jer, ngam-ngam cun dengan pasu. Sekarang dah besar melampaui pasu. Perlukan air yang banyak kalu tak daunnya layu ke bawah.. huhu.. kes balik kampung lupa nak siram sebelum balik.

Belakang rumah ada kunyit, kari, limau purut (daun untuk tomyam), nenas kecil (elok untuk lawaskan buang air kecil), cili api dan bunga telang (bunga nasi kerabu). Gambar tak ambil kang jiran-jiran pelik apa kes ambil gambar pokok keh.. keh..

Sempat jaga pokok? Haha.. kan anak dah besar. Lagipun tak ada tanah, jadi.. tak perlu fikir nak maintain rumput. En suami pun pencinta tumbuh-tumbuhan (kononlah). Jadi sebab dia nak buat tu ada sikit M, so dia support saya saja. Dia bagi saya masa lepas balik kerja atau sebelum pergi kerja untuk melawat pokok. Siram? Kalau sempat saya siram, tak sempat tak ler.. orkid tak kritikal penyiramannya. lagipun saya guna penyembur dalam botol saja sambil dukung Rifaie boleh buat. Pokok yang perlu siram duduk bawah bumbung. Jadi tak kena panas terik dan saya cuma rasa tanahnya. Kalau tanah lembab saya tak siram pun.. 

Biasanya hari minggu baru saya sempat belek sana sini. Itupun tak ambil masa lama. Maklumlahhh.. sekangkang baby kera jer.. keh.. keh.. Satu yang saya perhatikan, melihat pokok-pokok, membelai dan menjaga tumbesarannya membuatkan kita lebih tenang. Terapi mungkin.

Nota: Emak saya juga minat menanam. Ayah saya juga suka, tetapi Ayah suka tanam sayur dan buah-buahan. Bila Emak minta tanamkan bunga Ayah kata tak ada faedah tanam benda tak boleh makan.. heheheh.. Tapi saya tukang jawab.. tumbuhan kan makhluk Allah. Mereka berzikir. Tidak ada sesuatu yang Allah ciptakan dengan sia-sia.

Nota2: Mak aihhhh.. lama juga nak siapkan entry ni.. siap bersambung-sambung baru boleh publish. Sebab tu lah saya suka post benda-benda simple tanpa gambar.

3 comments:

Hamba Allah said...

salam...lawanya bunga2 akak..termasuk budak 3 org yg sedang membesar..cpt2 la ye tmbh yg ke-4...hihi...

aduhai....ziha x la bzy...tp..SGTTT BYKKK keje..smpi satu hapa pun x buat...foninnn...

Aku_tulip said...

Senorita...banyak okid tu..cantik² bunganya...dulu mak akak tanam..tapi kalah ngan siput babi (kat kg agaknya cm tu)...
sebenarnya akak teringin tgk pokok utk buat nasi kerabu...klu tak menyusahkan...amik la gambarnya...dan beli kat mana benihnya ...

senorita_2012 said...

Ziha.. nak tambah? *Uhuk uhuk* tersedak jap..

Aku_tulip: Nanti yer.. pokok ni senang jer besar.. saya tanam guna benih yg saya petik dari pokok Emak kat kg.. Kalau nak, saya ada 2 pasu.. tak guna pun sebab buat nasi kerabu sethn sekali pun belum tentu.. huhuhu.. Kalau tanam atas tanah lagi cepat besar menjalar-jalar..

Kalau nak, bgtau nak hantar kat mana. Nanti kalau sempat saya g hantar.