Pages

23 August 2010

Diam

Bismillah..

Lama rasa saya tak update. Tidak ada apa yang hendak ditulis. Lihat senarai blog-blog yang ada, juga diam saja.. kecuali blog Prof Kamil. Wah, seronok jika dapat istiqamah begitu! Kisah-kisah kecil tapi signifikan.

Sudah 5 hari saya tidak menjalani ibadah puasa. Seingat saya, sejak 2005 (mangandungkan 'Alawi), saya berpuasa penuh sehingga 2009.
2005 - Mengandung 'Alawi
2006 - Mengandung Aisyah
2007 - Menyusu Aisyah (pil Noriday.. memang tak period)
2008 - Mengandung Rifaie (owh.. rasanya saya ada tinggal sebab mabuk awal mengandung.. sehari je rasanya)
2009 - Menyusu Rifaie (pil Noriday lagi)

2010, ia kembali ke zaman saya belum ada anak. Nampaknya kena ganti awal-awal.. insyaAllah.

Bulan Ramadhan ini rasa saya banyak berdiam diri. Rasa tiada apa nak cerita. Balik dari kampung en suami semalam (bertolak lepas berbuka), biasa perjalanan kami mesti disertai dengan cerita-cerita dari sebesar-besar topik, sampai sekecil-kecilnya, supaya saya tidak tertidur dan en suami juga tidak mengantuk memandu. Tapi semalam, saya lebih banyak diam. Walaupun sebelum-sebelum ini, bukan mengumpat orang pun sebab kalau ada ciri-ciri nak ter'kata' en suami cepat-cepat twist cakap saya.. tapi rasa berat mahu buka mulut. Bagus juga, Alhamdulillah.

End up, saya tertidur.. he he he.. sampai dah park kereta pun saya rasa nak sambung tidur dalam kereta jer..

Ya, diam itu lebih baik..

Nota: Walau 'cuti', saya tetap bangun awal pagi sedia sahur, sahur bersama en suami, dan berbuka juga! Tapi minggu ni nampaknya waktu berbuka en suami ke masjid.. hmmm.. tak seronok sebenarnya tak puasa sebab saya rindukan saat makan 3 biji kurma dan segelas air masak.. wah, nikmat! Lain tau kalau tak puasa tapi buat camtu.. haha!

No comments: