Bismillah..
Ramadhan, tentu sekali tidak sama seperti tahun-tahun lalu. Dugaan, cabaran, keseronokan, keberkatan.. moga tahun ini bertambah keberkatan.
1 Ramadhan di Johor, kami semua dapat cuti umum. Alhamdulillah.. ini peluang saya untuk menyediakan serba sedikit bahan mentah yang perlu untuk masak. Lauk apa? Apa-apa yang sempat. Semalam sudah settle siang ayam, udang, sotong.. memasak bukan saja dah nak berbuka, tapi masak tengahhari juga (lauk very simple) untuk si kecil 3 orang. Lepas tu pukul 3 dah start masak untuk berbuka lepas acara kemas mengemas, mop mengemop, lap mengelap.. Subhanallah.. lakukan dengan seikhlas hati.. insyaAllah..
Tahun ini juga jadual kami berubah. En suami perlu ada seawal jam 6 di masjid untuk cek mengecek, tolong menolong apa-apa yang patut bagi jamuan berbuka di masjid setiap hari. Tahun ini juga kelas saya mencecah jam 6. Maka, rasanya saya terpaksa korbankan jua 1 jam yang berbaki supaya dapat balik pukul 5. Tahun ini juga nursery anak menghadkan masanya sehingga pukul 5 sahaja. Subhanallah.. disebalik semua itu, saya berharap dapat mengharunginya dengan baik dan bersyukur.
Jika ditanya azam saya bagi Ramadhan tahun ini, saya tidak bercita-cita tinggi. Saya tak mengharap dapat khatam Al-Quran, tetapi saya berdoa agar saya diberi peluang untuk mengaji Al-Quran serta mendalami maknanya setiap hari. Saya tak harap dapat berterawih penuh, namun saya berdoa agar en suami dapat melaksanakan terawih sepenuh hati.. Saya mungkin tidak dapat melaksanakan banyak amal ibadah, namun saya berdoa agar saya dapat menahan sabar dengan kerenah anak-anak yang sentiasa inginkan perhatian. Dan, di sebalik semua itu, saya tahu makan minum sewaktu berbuka diletakkan bukan prioriti.. Bila en suami tanya, macammana nak berbuka ni? Masa petang kita pack sangat berkejar-kejar? Saya jawab.. "Apa yang ada.. nasi berlauk telur pun tak apa.. jika sempat, masak saja waktu sahur.."
Alhamdulillah atas kurniaNya bertemu lagi Ramadhan tahun ini. Semoga menjadi insan yang lebih baik.. Amin..
2 comments:
selamat berpuasa akak n keluarga.........
selamat berpuasa juga untuk ziha dan family.. selamat menghitung hari.. heheheh..
Post a Comment