Amaran: Tiada resepi rojak di sini.. hihi.. hanya entry rojak sajo..
Sabtu
Pagi.. seawal 8.30am keluar rumah, jaga exam (test 1). Malam sebelum hampir tak tidur semata melipat kain baju. Perlu! Sebab sebaik lepas exam kami sekeluarga akan bertolak ke Shah Alam. En suami perlu menghadiri seminar. Itupun dah lambat (patut daftar pagi) sebab tunggu saya habis exam. Motif nak ikut? Sabtu takda sapa nak jaga anak kalau en suami pergi dulu dan lagipun kami nak memenuhi undangan adik yang sekian lama nak suh gi umah baru dia.
Maka, tot tet tot tet pukul 2.30pm kami dah tiba di Shah Alam dan saya yang konon nak tidur dalam kereta tak tercapai hasrat sebab
1. Mula nak tidur: En suami tiba-tiba jerit kecil '' 'Alawi.. 'Alawi.. payung terjun!" - Pagoh.
2. Nak tidur: Tiba-tiba en suami jerit lagi " 'Alawi.. 'Alawi.. keta Ferrari.. keta Ferrari!" - Tangkak (kot)
3. Mata lama baru rasa nak lelap. Tiba-tiba trafik slow di depan. Emmmm.. accident. Siap ada orang tergolek penuh darah tgh jalan (mungkin dah tak ada kot dalam dunia ni). Sorang tercampak di tengah, celah-celah pokok. Motor. En suami kata LC. Saya sangat berfikir sebab adik-adik saya semuanya motor LC. Semoga keluarga kami dijauhkan dari semua ni.
Lepas tu langsung tak tidur.. hahahah!
Ok.. dalam 4.00pm adik saya sampai dari rumah dia (gila lama kami duk dalam kereta, en suami dah masuk seminar). Ok.. makan-makan, pastu gi pasar malam seksyen 19. Muka gila comot tapi apa peduli.. keh.. keh..
Maka pergi rumah adik di Ampang. Perghhhhh.. rasa nak lari balik Batu Pahat sebab rumahnya kondo di lereng bukit.. hahahah.. adehla.. seriau makcik.
Pemandangan dari balkoni
Rumah comel. Putih bersih. Pemandangan cun.. mengadap menara kembar Petronas. Juga mengadap kuburan di bawah. Tingkat 5. Alahai.. cantik dan menginsafkan. Cuma saya tanya apasallah korang beli rumah dekat lereng bukit nih.. hihihi.. apa-apalah.
Malam, tidur lambat rasa nak pengsan sebab budak-budak asyik main mainan dan tunggu neneknya (emak saya) balik dari Penang.
Ahad
Pagi: Bawak budak-budak mandi kolam. Badan rasa tak sedap.
Tengahhari: Cari baju raya budak-budak. Badan berganda tak sedap.
Malam: Kul 10.30pm bertolak balik ke Batu Pahat. Badan dah recover lepas suh en suami pijak..
Sampai: Kul 1.00am. Gila laju en suami bawak. 2 jam setengah tu campur 2 kali berhenti tidur. Alasan bawak laju: Bawak slow ngantuk.. apa-apalah. Yang pasti saya tak tidur sangat sebab rasa macam dalam jet pulak.
Isnin
Jem. Hahahha.. sakit bahu membuatkan saya sakit kepala dan serta merta seluruh badan jem. Maka.. terpaksa cuti kecemasan dan pergi berurut. Anak-anak semua demam kecuali 'Alawi. En suami juga sakit kepala. Maka, sakit beramai-ramai. Kami buat kesimpulan, kami tak sesuai dengan cuaca di KL yang panas lain macam. Saya pula memang tak cukup rehat start sabtu lagi.
Nota: Jalan-jalan cari pasal tuh.. heheheh.. apa-apapun SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN. SEMOGA BULAN INI PERMULAAN BAGI KITA MENJADI UMMAT YANG TERBAIK DI SISI ALLAH. AMIN.

1 comment:
salam ramadhan kak...waaa...bestnye jenjalan KL..especially part makan2 tu..jelesssssnye..x pe..lg 10 hari kami jengah sana ye...aduss..x sabauu ye..taraaaaaaaaaaa
Post a Comment