Bismillah wa salam..
Petang ini baru ada masa untuk menilik semula research yang lama terbiar. Mata pulak tak bagi kerjasama, ayik mahu tertutup ajer bila buka jurnal. Adoyaiiii.. time reading la den lomah ni. Sangappppp memanjang. Camno nak study nanti?
Lama tinggal research, rasa tak tahu mana perlu mula dulu. Rasanya hari tu sampai situ, bila baca eh macam dah pernah tengok, eh pelik pulak.. wawawawawa.. hahahhahah.. Susah betul. Tapi memang nak kena push dirilah. Kalau tak hampeh tak menjadi. Ini yang simple pun tunggang terbalik.. camno nak study nanti? (Ha, tanya lagi)
Progress: Baru nak study equation yang linear. Hahhahahah.. target untuk nonlinear tah bila nak capai? kekekekke. Eh, esok meeting pengurusan kewangan grant. Mode: Garu kepala.
Sekarang ni hari-hari sibuk dengan prosiding seminar. Inipun buat sikit-sikit. Macammana lah saya ni boleh terjebak dalam kancah membukukan prosiding ni? Hmmmmmm.. takdirnya masa sudah tidak berulang, kot tak mau saya katakan 'tidak' masa kawan saya ajak join dulu. Eh, jangan mengeluh. Tu kan pengalaman? Mungkin lain kali dah tak dapat dah experience camtu.
Semester depan dah terbeban dengan penyelaras subjek. Students mungkin dalam 700++. Sikit compare to subjek sekarang (bukan saya penyelaras) yang mencecah 1000++. Heh. Adakah 20% bakal fail.. hahahah.. tungguuuuuu.. Hmmm.. Pensyarah bukan suka sangat failkan students, kot takde fail lagi kami suka, tapi kot dah effort pun ke laut (tak pandai tu lain cerita), takdonyer nak free2 bagi lulus.
Oklah.. sekian. Cheers!!
1 comment:
assalamualaikum kak banun, mana anda ? bzy ye dgn seminar...hehe...
Post a Comment