Pages

09 December 2010

Ma'al Hijrah!

Bismillah..

Lama sungguh rasa tidak menulis apa-apa. Seminar masih berlangsung, dan paper masih banyak yang perlu bertanda. Sungguh lembamnya saya marking kali ini, mungkin kerana progress pelajar yang mengecewakan dan kerja-kerja akhir seminar yang berbaki. Tak apa, saya biasa begitu bila diamanahkan mengajar subjek Calculus. Ia peringatan untuk saya juga sebenarnya, supaya lebih bersungguh dalam apa jua yang dilakukan, jika tidak saya sama saja seperti mereka, cuai dan lalai. Na'uzubillah.. moga hari-hari mendatang lebih baik dan cemerlang.

1432 H.

Sungguh cepat masa berlalu. Sungguh ajal juga makin mendatang. Cukupkah bekalan kita?

Kawan-kawan, mari kita ubah diri kepada lebih baik. Moga tahun ini saya dapat menjaga segala pancaindera dengan baik.

Mata, tidak mahu melihat yang menambahkan dosa.
Telinga, moga saya terhindar menjauh dari mendengar atau terdengar umpatan, kata nista.
Mulut, jangan mengumpat, jangan mengata orang, usah menipu, usah mengadu domba, usah juga membangga.
Hidung, bau yang harum-harum saja :-P
Tangan dan kaki, pandulah ke majlis-majlis ilmu yang amat culas untuk saya bergerak ke sana.
Hati (sixth sence), bersangka baik pada Allah.. bersangka baik sesama kita.

3hb Dis, 5hb Dis, 8hb Dis, 9hb Dis dan 20hb Dis.

Tarikh-tarikh penting dalam keluarga saya. Kelahiran khalifah Allah di muka bumi ini.

Reschedule.

Tidak sabar mahu reschedule tugas-tugas. Tetapi, mahu lepaskan proses marking paper dulu. See ya!

Ziha, Far and Baiti: Moga PhD kalian berjalan lancar. Doakan saya akan menurut jejak langkah semua. Amin.

3 comments:

bAiTi said...

Amin... terima kasih, Banun ;-)

Ibu Aunis said...

amin. ye saya doakan awak jugak. tak lama lagi je tu :)

Hamba Allah said...

assalamualaikum kak ... time kasih di atas doanya..moga perjalanan akak juga dipermudahkan...amin yra