Pages

29 December 2010

Gembira

Bismillah wa salam..

Wah! Next week kelas akan bermula. Syok tengok jadual, cuma Jumaat ja tak best.. kelas 3 - 6 lagi.. haishhh.. jadi macam sem lepas, attendance asyik tak full. Isnin pulak, mula kul 8. Hmmm.. tak bagi balik kampung? Hahahah.. well.. it can be managed soon.. hahahha.

Bila sudah boking dewan exam, baru saya tau, majlis walimah adik saya pada 2 dan 3 April 2011. Test 2 student saya letak 1 April sbb minggu sebelumnya dewan dah fully booked. Dah tu? Nak pass pada orang lain, tak tergamak sebab I'm the coordinator. So, kena balik lepas test (petang pulak tu!) dan kena balik lewat ke sini, tak tolong sebelum kena tolong selepas ler gitu. Bila cerita pada en suami, dia blur.

En suami: Apa dah tau nak exam bila? Hai.. awalnya tau, sampai bulan 4..

Hahahha.. lupa pulak. Yes! Kami kena decide awal sebab kena booking dewan exam.. in my case, student cecah 800 (maybe), so, tentulah kena plan betul-betul. Apa ingat nak exam dekat padang ke?

Apa yang gembira sangat? (balik pada tajuk). Sometimes, a small thing can make us happy. Saya happy sebab baru lepas minum nescaffe! Erk?

Pagi.. hantar anak-anak, 'Alawi merajuk, Aisyah cool, Rifaie mengamuk.. (ha! pompuan jugak yang cool!). Tapi gelagat mereka membuatkan kami gelihati. 'Alawi merajuk nak minum susu botol (heheheh), Rifaie mengamuk tak nak cabut selipar dalam nursery.. Aisyah tu actually baru hari ni cool, biasanya dia yang merajuk jer kejenyer.. Hmmm.. Well.. this is the last week kami boleh rileks2 lengah2 pegi kerja. Start next week, 'Alawi dan Aisyah akan sekolah.. saya pula dah mula ada kelas. En suami hari-hari warning supaya saya jangan lambat.. ehheheh.. (saya lambat sebab rimas tgk rumah tak berkemas).. ok, baik bos!

p/s: Mesti cepat mesti cepat mesti cepat (Azam tahun baru)

3 comments:

Hamba Allah said...

assalamualaikum kak....waahhhh best betul azam tahun baru akak...azam tahun baru saya....(tgh pk lg ni...ehemm)......ape ye...kot2 akak tlg pk kan bgs gak tu....adoi....selamat ke sekolah 'alawi n aisyah......rindu lak kelas2 dolu2...hari2 masuk opis bt keje sendiri..busan rupenyeee....kuahkuahkuah....(sup tgh msk ni...)...
kak : selamat mengajar !

senorita_2012 said...

tapi akak takderlah rindu nak ke kelas.. kekekeek.. this week asyik lambat masuk opis.. haisssshhhh

Ibu Aunis said...

ahahahah..lambt sebab sibuk ngemas la tu...! :)