Pages

30 December 2010

Bola!

Bismillah wa salam..

Nak jugakkkk ulas pasal bola. Hahhaha!

Takdelah.. saya bukan minat bola pun. Saya dan en suami bukan peminat fanatik sukan. Kalau setakat world cup final tu kalau tak tengok pun tak jejas apa-apa pun. :)

Semalam, rata-rata rakan facebook menyatakan final kedua Malaysia-Indonesia malam semalam. Yer.. saya tak tau jika bukan status-status mereka. Final pertama di Malaysia, saya tengok sudah dalam masa kecederaan, itupun lepas saya tukar-tukar channel masa iklan. Tengok-tengok 3-0. Eh? Saya belek skrin TV kot mata saya salah ke apa, betullah! Malaysia 3 - 0 Indonesia. Terus kerah en suami tengok dalam minit-minit akhir tu! Heh!

Semalam, kebetulan Rifaie main-main tukar channel TV. Saya nak tengok buletin utama sebenarnya. Dia tertekan channel TV1 (rumah saya takdak Asteruk yer! kekekek). Eh? Bola. Oh.. baru ingat. Saya tengok la kejap. Bila tengok, macam best jer dua pasukan ni main, maka saya pun lupa ke tujuan asal nak tengok berita. Maka, sambil-sambil layan budak-budak ni makan, sambil-sambil layan diorang call nenek (atuk eh tak boleh kacau, kalut tengok bola!), saya tengokla jugak bola. Wah! Dah lama rasa tak tengok Malaysia sehebat tu. Bagus team yang ni! Syabas! Kira bagus la tuh sebab saya yang tak minat bola ni boleh tengok sampai ke upacara penyampaian hadiah! Bukan senang tuh.. keh.. keh..

9.30, en suami balik. Saya paksa dia tengok sekali. Wah! Terus lekat depan TV. Ha, tu lagi ajaib. Hheheheh.. Tapi memang, Piala Suzuki ni dulu-dulu glamour. Sampai satu masa beberapa tahun lalu, terus tenggelam, bersama tenggelamnya team Malaysia. Bila mula balik, puas saya duk recall menda la Piala Suzuki ni. Oh.. ingatlah sikit-sikit. Tapi takderla sampai nak gugel asal-usul nya. Dulu-dulu saya terpaksa tengok bola. Sebab ayah saya, memang kipas susah mati bola sepak. Sampai sekarang. Kira tahap dia, sampai sanggup pergi ke stadium. Dan, adik-adik lelaki saya semua ikut gen ayah saya tu. Kira makan bola, tidur bola, segala tok nenek bola memang boleh bagi la kat diorang.

Apa-apa pun, I'm proud to be Malaysian. Bukan sebab menang bola (abih kot tak menang nak ngaku warganegara mana?), tapi sebab di sinilah saya lahir, dan di sinilah saya dewasa.. :) Mati? Wallahua'lam.

2 comments:

Hamba Allah said...

askm kak..hahaha..bola2...saya mmg tak tgk pape bola...malas...

Ibu Aunis said...

hihi...piala suzuki..ade eh...saya plak pk ape yg piala camtu nak heran sgt...rupe2nya lama dah ade ek..kira ala2 menang piala thomas dulu2 la kan..:)