Bismillah wa salam..
Memujuk hati :)
*Hanya mahu menulis, mengingat diri sendiri. Jangan buat spekulasi.. keh.. keh..
"Pandangan manusia itu tidak penting. Yang penting, pandangan Allah."
Tidak semua orang suka, sayang, selesa dengan kita. Ada manusia yang rapat dengan kita, malah ada juga yang mempunyai hubungan darah sekalipun, jika ada perasaan buruk sangka, iri hati, dan segala sifat2 mazmumah yang lain, akan cuba menjauhi kita dan sentiasa was-was dengan kita. Pada saya, orang begini eloklah dibiarkan sebagai si luncai dengan labu-labunya. Jika berhadapan dengan manusia begini, saya bertindak biasa, layan seperti biasa. Hati saya telah saya pujuk dengan "Pandangan manusia itu tidak penting. Yang penting, pandangan Allah." Allah Maha Mengetahui segala-galanya :)
Biasa, di hadapan saya ditunjukkan keagunganNya, namun sebagai manusia, terdetik perasaan kasihan bila maruah seseorang tercalar walau diri kita tidak pula dihormati. Allah Maha Agung, entah bagaimana balasannya di sana? Wallahua'lam. Moga Allah mengampuni dosa kita semua. Amin..
Jangan susah hati, penilaian oleh Allah. Bukan manusia.
p/s: Blog saya, luahan hati saya, kenangan saya. Jika ada yang tidak mahu baca, skip ya! Kekkekek (macam ramai ngat tukang baca.. )
1 comment:
saya pembace setia akak, jgn risau...kiki..x pe...betul tu...pandangan allah lebih penting...doakan saya juga..jd manusia....bukan sebaliknya...
Post a Comment