Bismillah wa salam..
Nak jugakkk update.
Sebelum tidur.
Pukul 9.30pm baru sampai dari Melaka. Jalan-jalan perabih duit sebaik je checkout. Baru nak bersenang-lenang terpandang notes utk meeting esok. Bagusnya sampai rumah lewat, 3 beradik tu dah siap2 tidur. Jadi, tak payah keluar kungfu, silat semua. Tak bagusnya, maleh nak unpack. Ngadap internet lagi baguih.. apa daa..
Tak kenal, maka tak cinta
Orang selalu ingat saya ustazah, dengan sebab masing-masing. Tambah-tambah bila fakulti bergabung, tanpa banyak soal mereka mengandaikan saya jabatan yang satu lagi, sedangkan saya jabatan lain. Mula-mula dipanggil ustazah, saya rasa pelik. Lama-lama, dah biasa, biarkan ajer. Bila dah kenal, panggilan ustazah lenyap :) Memang ustazah khas untuk orang bidang agama je yer? Hehehhe..
Tiba-tiba cerita pasal ni.
Bukan apa, saya teringat satu kisah. Saya memang pendiam dan nampak pendiam terutama dengan orang yang tidak dikenali. Dalam meeting, saya memang tak bercakap, jika tak penting dan tak ada kaitan. Tapi, dalam kerja berkumpulan, insyaAllah saya akan bagi idea-idea sehabis mungkin. Masa dan pengalaman benar-benar mematangkan saya (kita) actually. Satu hari, saya diletakkan di bawah kumpulan seorang yang tidak begitu mengenali saya dan kenal sikit-sikit saja tapi tak mesra. Beberapa minit selepas mula discussion tiba-tiba satu kata-kata ditujukan KHAS UNTUK SAYA (siap sebut nama ok.. tiba-tiba jer.. tak larat betul), supaya menyatakan pendapat saya bla bla bla tanpa segan-silu bla bla bla buat macam biasa bla bla bla (saya tak dengar sangat). Tak dengar sebab saya sedang cover malu! Jenuh saya control supaya muka saya tak obvious kekelatan. Malu seh pada ahli group yang lain. Haishhh.. apasal ler dia ni. Dalam 5 minit, saya ambil tempoh bertenang, kemudian lupakan apa yang dia katakan (atau nasihat?), dan bercakap, berdiscuss seperti tiada apa-apa. Aduila.. lama-lama, akhir discussion, barulah sahabat ini berborak-borak, tanya itu ini.. mungkin dia ingat emas dalam mulut saya ni dah simpan kat perut kot? Hehheheh.. Actually dia baru 'kenal' ooo.. begini rupanya manusia yang ni.
Yer.. pada yang baca blog ni dan kenal saya secara realiti, saya memang pendiam, dan tak suka tanya hal-hal personal orang yang tidak saya rapat, apatah lagi menceritakan perihal diri. Tak pandai. But it doesn't mean anda tidak boleh bekerja dengan saya! Hehehhehe.. lawaklah.. dah beberapa kali saya jumpa bila kena kerja dengan saya, macam awal-awal cakap kemain skema, dah habis first meeting terus berubah.. ok jer. Kes-kes ni especially lelaki la.. apa2 tah. Tambah-tambah jika mereka kenal en suami, terus layan saya ala-ala ustazah.. Bagus juga tu. (Ziha, you know me kan.. kekeekkek).
Kesimpulan: Tak kenal maka tak cinta.. maka, berbaik sangkalah dengan semua orang. You will never know someone until you have a chance to cooperate with him/her. Then, you decide. Itupun tak pasti, sebab.. manusia boleh berubah. Be a better person, InsyaAllah!
p/s: Don't ever advise me to be more peramahness, I've tried it, tak jadi!
3 comments:
saya pun takleh jd peramah. tried to, but failed. takpelah, it's not important. ckp byk pun kadang2 byk takut gak merapu..so ok2lah tu kite...kan?
haha...kelakar je akak neh..aduss....aduhai..x pe le..saya pun pk akak senyap je mule2....tp rasenye saya dh berjaya 'bukak' akak nye pendiam tu....kiki...yo yo oo jekk..rindu arr kat akak...
Far: Hahahha.. ada org macam molek jer bercakap byk2.. kalau saya bercakap rasa (rasa sendiri jer) cam over plak.. so, lebih suka diam jer.. heheh
Ziha: Ayat Ziha sama cam ayat Kak Murni. Siap dia kata dia jumpa kunci la apa la.. aduhai korg2 ni.. kekeke..
Post a Comment