Pages

12 January 2011

Like

Bismillah wa salam..

I like this entry --> Tidak mengapa, dia masih budak

Saya teringat semalam (ehem.. semalam Johor cuti).

Kami mahu keluar pergi beli cordial, sonang omak eh nak bancuh air budak-budak bawak sekolah. Kekekekke. Jadi, sementara tunggu en suami balik masjid solat asar, saya siapkan budak-budak bertiga tu. 'Alawi dan Rifaie ok lah.. tiba part Aisyah, saya pakaikan dia baju labuh paras betis (ala.. yang ada gambar snow white, cinderella etc.. kaler pink). Tiba-tiba..

Aisyah: Ummi, ni mana tudung Aisyah ni?
Saya: (dalam hati) Malehnya aku nak gosok tudung dia ni.
Aisyah: Ummi.. Ummi ni dengar tak ni? Mana tudung Aisyah ni? Aisyah nak pakai tudung tau Ummi.
Saya: Ha ye lah.. ye lah.. kejap lagi Ummi gosok.
Aisyah: Ha, Aisyah kena pakai tudung tau Ummi. Ni kawan Aisyah, Ana tu asyik je pakai tudung kalau jalan-jalan. Aisyah nak pakai tudung tau Ummi.
Saya: Ok.. ok. Nanti Ummi amik seluar sekali baju tu singkat tu.

Haa.. pengaruh rakan sebaya.

Persekitaran juga memainkan peranan dalam kita men'dewasa'kan anak-anak :) Omak yo punnnn.. jangan la tak serius pulakkkk.. heh!

No comments: