Pages

09 January 2011

Syukur

Bismillah wa salam..

Lama saya perap entry ni dalam hati. Patut saya keluarkan bulan 9 tahun lepas.. masa anniversary :P Tapi masa tu saya sangat busy. Sekarang, saya berada di kampung.. anak-anak ada orang nak layan. Ah, tak apalah.. bila-bila pun ok..

Saya pernah berdoa, Ya Allah.. berilah aku suami yang baik, yang boleh menegurku, yang boleh membaiki bacaan Al-Quranku. Ya Allah.. berilah aku suami yang menghafaz Al-Quran. Alhamdulillah.. Allah kurniakan saya seorang suami yang begitu, walau saya tidaklah sebaik, secantik dan sesempurna mana. Syukran Ya Allah..

Saya mahu seorang yang boleh menjaga saya dan agama. Jika saya cakap tempoh saya memberi persetujuan untuk berkahwin dengan en suami hanya pada awal perkenalan, mesti macam-macam tanggapan yang boleh diberi. Baik atau buruk, ia adalah penilaian individu. Penilaian manusia pastinya. Namun saya pasti dengan apa yang saya lakukan. Yang penting, orang beginilah yang saya mohon dengan Allah. Dan patutkah saya ragu-ragu lagi?

Sebelum

Kami merancang bertunang dan berkahwin, namun Allah mudahkan.. kami terus sahaja berkahwin. Seperti pelik bila Ayah dan Emak saya sewenangnya bersetuju untuk tidak mengadakan majlis pertunangan. Pelik sebab biasanya Ayah dan Emak penuh protokol itu ini sana sini.

Sepanjang tempoh sebelum berkahwin, hanya beberapa kali keluar. Itupun untuk membeli barang hantaran. Syarat, mesti ada yang teman saya. Termasuk ada sekali tu, keluar dengan emak en suami (ibu mertuaku la skang ni). Dan lagi.. saya perlu duduk di sit belakang. Hehehhehe..

Kalau saya masak apa-apa, nak bagi.. dia akan tunggu di jalan luar nun. Rumah sewa saya masa tu kena jalan ke dalam sikit. Maka, kalau rajin saya jalan kaki pergi hantar makanan. Kalau lebih lagi rajin saya naik kereta. Tapi nama dia nak datang sampai depan rumah, mintak ampun.

Walau satu tempat kerja, kami tak makan sama-sama, nak jumpa bagi barang pun kat tangga..

Saya rasa dijaga dan terjaga.

Yang part yang tak best sangat mungkin kami rajin berborak di telefon jer. Tapi tu pun borak isu semasa.. isu biasa-biasa. Errr.. sekarang kalau telefon, cakap laju-laju.. macam nak lari. Alasan: Eh nanti sian universiti nak bayar bil. Hahahah.. baru sedor?

Semasa

Majlis kahwin saya sederhana. Namun, Alhamdulillah.. beras 10 paket 10kg langsai. Saya anak sulung, jadi tetamu dari segala ceruk datang. Awal-awal lagi en suami dah bagitau, tak mau pelamin-pelamin. Tapi, Emak saya buat juga tempat untuk kami bergambar dengan keluarga dan rakan-rakan. Saya memang tak tempah pelamin.

Baju, dah kena warning awal-awal, jangan nak ketat-ketat, pendek-pendek. Saya tempah baju biasa, cuma baju kurung moden (nikah) dan jubah berenda. Malangnya, makin nak kahwin, makin badan saya naik. Apa punya orang daaa.. Baju yang ditempah rasa sendat. Mak aihhh.. dah jadi satu kerja saya menetas jahitan apatahnamadia supaya tak nampak ketat.

Alhamdulillah.. semuanya berjalan seadanya.

Yang pasti baju tu sekarang, dah tak boleh nak masuk dah :P

Selepas

Perkahwinan bukan mudah. Perkahwinan juga bukan satu perjudian. Perkahwinan pada saya ialah satu perkongsian. Kita berkongsi apa sahaja.. bukan sahaja berdua, tetapi juga dengan sanak saudara. Jika dulu, boleh balik kampung sebulan sekali menjenguk Emak dan Ayah, namun bila dah berkahwin kena bahagi dua. Ia nampak mudah, tetapi sebenarnya tidak. Masa akan mendewasakan kita sebenarnya.

Alhamdulillah.. Allah kurniakan dan pinjamkan kami 3 anak yang sihat dan ceria. Walau pada kali pertama mengandung, saya mengalami keguguran, namun tidak lama selepas itu Dia gantikan semula..

Dari segi kewangan, harta benda, kami bukan orang mewah. Tetapi memandangkan masing-masing bukanlah golongan kaya-raya. Ia biasa sahaja. Dari kereta biasa, ke biasa sikit.. dari quarters kerajaan ke rumah sendiri.. dari tak ada kepada ada.. ia proses biasa saya kira..


In future???

Saya cuma mampu berdoa dan melakukan yang terbaik. Sekali lagi, ia bukan mudah. Ada masanya saya berasa saya isteri dan ibu yang teruk bila tidak dapat melaksanakan tugas-tugas yang ada terutamanya pada hari-hari bekerja. Namun, putus asa bukan ciri-ciri orang mukmin :)

En suami selalu bagitau saya, jangan paksa diri, jika tidak larat memasak, beli sahaja. Usah terlalu nak rumah kemas sempurna (heheheh), nanti jadi tension. Tapi saya selalu rasa suka dan bahagia jika dapat memasak dan dapat mengemas rumah, dapat ajar anak-anak dan en suami dapat penuh 5 waktu ke masjid :) Itu cita-cita saya. Benarlah, "erti hidup pada memberi".

Pesan en suami berkali-kali: Suami, isteri dan anak-anak hanya Allah pinjamkan sementara. Sampai waktu, Dia akan ambil semula hakNya. Masa itu, redhalah kita.. redha.. redha.. ini sangat sukar, namun kita semua bakal melaluinya cuma tidak pasti bila.. :) Melainkan.. kita yang pergi dulu meninggalkan semuanya..

En suami selalu bertanya bila saya mahu sambung PhD? Dia bagi satu syarat yang amat mudah - consistent solat Tahajjud :) Hingga kini saya belum dapat lakukan syarat itu. Maka, itu piawaian saya untuk sambung belajar..

Saya hanya mampu berdoa dan melakukan yang terbaik.. doakan saya sahabat..

================================================
Allah telah memberi kita yang terbaik.. bersyukurlah.. Alhamdulillah..
================================================

6 comments:

Ibu Aunis said...

alhamdulilah. Segalanya spt yg awak inginkan kan.
Suka entry ni. Ditulis dgn 'jiwa' awak..

Doakan saya jua ye ;)

Hamba Allah said...

askm kak..tahniah...dah 'dekat' tu perjalanan akak menuruti kitaorg...saya doakan akak cepat masuk geng kami.....doakan saya juga bukan cepat, tp tepat abis dan tenang melalui kehidupan lepas2 ni....

Ms.Lilies said...

saya senyum2 je banun baca n3 ni...
penuh makna :)

senorita_2012 said...

Far: Tak semua yang kita inginkan kita dapat.. :) Allah lebih tahu apa yg baik utk kita..

senorita_2012 said...

Mimi: Hahhahah.. cuma berkongsi jer dan sebagai peringatan utk saya.. sebab selalu konflik dalam diri tak reti nak bersyukur

senorita_2012 said...

Ziha: InsyaAllah.. moga ia benar-benar dekat.. Amin..