Destini I
Sedang bersiap-siap pagi tadi, telinga saya menangkap ulasan sebuah buku oleh TV3. Maaf, saya tidak dengar dengan tekun sebab berkejar dalam nak siapkan diri sendiri, dan memastikan anak-anak kemas untuk ke sekolah. Pakaian, mereka pakai sendiri, cuma saya akan pastikan kekemasan.. baju kemas, rambut kemas dan Aisyah saya akan pakaikan tudung.
Antara ulasannya berbunyi (lebih kurang),
Ijazah bukanlah sebuah destinasi. Ijazah adalah satu alat untuk mencapai destinasi. Ia adalah satu perjalanan. Ia bukan semata-mata perjalanan mengejar sekeping 'Ijazah'. Ia lebih dari itu. Buku ini berkisar perjalanan penulis sepanjang belajar di New Zealand.Saya senyum mendengar penyataan ini. Itulah yang saya rasa. Perjalanan dan pengalaman menuntut ilmu semasa di universiti dulu, banyak memberi impak pada apa yang saya lakukan kini. Senang, susah, suka, duka, tangis, tawa, rajin, malas.. ia mewarnai hari-hari saya. Dan, saya pasti, rakan-rakan yang lain juga begitu.
Saya bukan nak buat buku baru pulak.. hehheheh. Cuma saja, nak mengiyakan penulisan penulis tersebut. Sekurang-kurangnya ia benar, bagi saya.
Destini II
Sesungguhnya, mati itu pasti. Direhatkan sebelum menuju Akhirat yang kekal abadi.
Hari ini, seorang saudara saya yang pernah sama-sama menginap di Staff Quarters dulu, pergi menghadap Ilahi. Actually, saudara saya adalah isteri Allahyarham, bekerja sebagai pegawai keselamatan di universiti ini. Saudara sebelah ayah saya. Betapa kecilnya dunia kan. Dalam pada saya tak tahu kedudukan Batu Pahat dalam peta Malaysia dulu, rupa-rupanya saya ada saudara menetap di sini.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.
4 comments:
assalamualaikum kak, Takziah di atas kepergian arwah saudara akak. Mula2 baca 'title' entry akak hari ni, terlintas nama blog saya...bile dah abis baca, baru saya faham dan saya faham sangat ape yang akak maksudkan...saya percaya.....dengan ULASAN yang akak tulis tu....semua org punye impian (termasuklah..smbg blajo)..tp impian x semestinya harus dicapai....kalo la saya boleh berundur...teringin menjalani kehidupan seperti biasa, saya rindukan kehidupan dulu2, saya hampir tak pasti ape saya tgh buat skrg, apa akan jd pd saya akan dtg, saya bosan dgn benda ni..tp...manusia konon2nye ke depan, tp hampir separuh bergerak ke depan tanpa fikir 'masa selepas ni'...yg 100% lebih penting.....cepat2 la saya abis...letih...letih...letih...sgttt
Hei Ziha! Wake Up! Wake Up! You are on the right track!
askm kak...ha ha..jgn mare..niat masih sama..cuma..letih dgn tingkah manusia.....:-(..nanti story
tak mare la ziha.. hehe. Jangan pikir ngat.. migrain makin teruk nanti.
Post a Comment