Pages

10 March 2011

Ayat

Bismillah wa salam..

Alhamdulillah.. selesai sudah meeting soalan.. yang tinggal, tugas saya untuk mengedit dan menaip skema yang bertulis tangan. Sikit saja.. sebab majoriti kami taip, cuma ada yang bagi tulisan tangan. Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada rakan-rakan yang menyumbangkan soalan, idea, dan masa pastinya.

Semakin lama bekerja, rasanya proses membuat soalan menjadi kebiasaan. Cuma beza dulu dan kini, tahap kesukaran soalan. Dulu-dulu, nak buat soalan, buat yang tricky dan kesukarannya tahap universiti lah. Tapi kenapa sekarang kami terpaksa fikir, eh student boleh jawab ke? Eh, student pandai guna ke identiti ni? Eh tu, eh ni.. ha ha ha. Hakikat. Akhirnya kami come out dengan hasil.. ada soalan mudah, ada soalan terpaksa disukarkan. Jaga kualiti.

Saya ingin berkongsi tentang 'ayat matematik'.

Dulu-dulu, masa sekolah menengah, perkara yang cikgu saya amat tekankan (dan saya pasti guru kita semua yang dah veteran ini.. heheheh) adalah ayat matematik. Di mana perlu kita letak kurungan, jika tanpa kurungan, mana yang perlu dikira dulu, darab ke bahagi ke tambah ke tolak ke. Saya bagi contoh

-2+3t-4-6t ia adalah bersamaan -3t-6

Tapi jika

-2+3t-(4-6t) ia adalah bersamaan 9t-6

Hanya kerana kurungan, nilainya berbeza. Nampak mudah, tapi jauh bezanya.

This is the basic, tak tau ini, calculator juga tak boleh bantu. Skill guna calculator juga perlu walau calculator sekarang canggih manggih. Dulu, nak kira nilai fungsi, kami terpaksa kira satu-satu. Sekarang masuk calculator fungsi tersebut, tekan CALC dan kiralah kau nak kira berapa banyak nilai pun tanpa kena key in banyak kali. Tapi still, ayat matematik kena betul. Dengan kata lain, manusia jugalah yang perlu berilmu.

Tahu kenapa tiba-tiba ada entry ayat matematik ala-ala nak mengajar? Sebab makin tahun, makin dahsyat ketidaktahuan pelajar tentang perkara-perkara asas ni. Belum masuk pengiraan faktorial yang 2! pun mereka cari menggunakan kalkulator, pecahan apatah lagi. Sehingga pelajar saya minta saya membuat kelas congakan! Kerana mereka rasa kagum saya boleh congak pecahan tanpa kalkulator. Nak nangis ke nak rasa bangga? Pengembangan kuasa dua, pemfaktoran.. tu kan algebra lower form.

Bila proceed pada subjek Calculus or Differential equation.. semput.

Setiap kali kelas tutorial, saya akan melihat kerja yang dilakukan setiap pelajar ketika itu. Dan hampir setiap orang akan saya betulkan ayat matematik mereka. Seperti yang saya tulis di atas. Silly mistake. Bukan sekali dua, tapi setiap kali. Kenapa yer? Adakah di sekolah dah tak ditekankan apa yang guru-guru masa dulu begitu beria-ia ajar? Hingga pelajar-pelajar ni asyik tanya saya ni nak kena letak kurungan ke tak? *Pengsan.

p/s: Realiti pelajar kini. Saya bukan mengajar di sekolah.. Dan saya ajar pelajar engineering.. yang mahu jadi engineer. That's why adakalanya saya rasa sangat upset dengan situasi ini, because they are our next leader. Our next generation.

Graphics

4 comments:

ctlin said...

kalo aku ngaja student science comp kat sini yg camtu,tu pon level diploma(sbb utama yg ble aku detect,dorg xpenah blaja add math)..yg lain2 aku rasa sama je ngan student utm dolu, dan mungkin lebih lg pandainya especially kalo ngaja student chemical engineering;)..bahagia idup aku kalo ngaja dorang..heheh

senorita_2012 said...

Ntahlah makcikkk.. kalau kemasukan dari dip poli, mmg aku dah redha.. sebab mmg susah amat nak catch up, sbb utama mmg tak ambil add math.

Tapi budak kemasukan matriks pun camtu jugakkk.. tu bukan add math tu, tu algebra form 3. Aku tak cerita bab kamir beza.. keh.. keh..

Sebab pada aku jalankan tugas dengan pehuh semangat! Hehhehehehe.

ctlin said...

baguih ban ko camtu...dr pengalaman akula, masa mula2 ngaja dorg tu mmg bersemangat abes,dan bila dorang tu dpt catch up apa yg kita ajar,mmg ske tahap gaban masa tu...tpkan,ble kata xsapai 5-10 min dorang ble lupe blk..lupe semua plak tu yg kita ajar bukan main lamanya,cam seolah2 xpenah blaja mende tu...huwaaa
dan kat situ aku blaja something...patience is very important to handle this kind of students;)

senorita_2012 said...

kalau nak rasa lagi.. meh la ke sini.. dan ko akan jadi sangat penyabar dan sentiasa tersenyum dalam apa jua keadaan.. keh.. keh..