Alhamdulillah kelas dah habis. Hehheeh. (Punyalah suka sampai dah sebut dalam banyak entry). Coursework mark juga telah dikeluarkan. Bila markah dah keluar apa lagi.. mari kita jadi consultant. Sem ni saya banyak pegang pelajar repeat. Bukan sekali repeat, majoriti dah ambil subjek ini sebanyak 3 kali. Dan mereka-mereka dah berada di semester akhir dah pun. (maaf tatabahasa hancussss).
Habis je kuliah, bergilir-gilir datang ke bilik.
"Puan, saya risau ni.. saya takut fail lagi."
"Puan, apa saya nak buat ni, saya takut tak dapat jawab final."
"Wah! Markah saya dah 34, ada chance lulus ni. Ni kalau Ayah saya tau, dia buat kenduri ni Puan."
"Puannnnn.. tolonglah kami Puannn, saya dah tak nak fail lagi. Nak grad ni."
Dan macam-macam ayat rayuan yang ada. Kesian juga. Kalau kita di tempat mereka, mesti terseksa jiwa raga. Ada juga yang bagi alasan begini,
"Puan, saya ni macam ada sumpahan dengan math. Dari zaman sekolah lagi.
"Ha? Sumpahan apa pulak?" Soal saya pelik.
"Tiap kali jawab exam math, saya mesti panik. Lepas tu tak boleh jawab."
Saya: ...
Macam-macam lah student ni. InsyaAllah, mereka semua akan lulus jika berusaha. Ada juga yang tanya, macammana nak study math. Jawapan saya mudah jer, 'faham konsep' :)
p/s: Apa-apa pun, mereka ini dah saya bagi peringatan masa mula-mula masuk kelas saya. Alhamdulillah, memang mereka bersungguh-sungguh betul, sebab siapa yang tak risau kalau fail lagi kan. Tapi, markah memang di paras-paras aci lulus je lahhhh. Tu pun syukur katanya, tinggilah dari sem lepas..
Saja nak share ngan korang kejadian-kejadian budak-budak ni. Mulut saya tak berenti bagi nasihat dan tak berenti gelak.
2 comments:
ha ha ha..serammnye dgr dah 3 kali amikkkk...hahhhh..kalo saye..dah x amik kot..pemalassss kan...kiki..tabikk arr akak..hoyeee....
kire pas kuar carry mark tu kire musim rayuan sblm pertempuran sebenar la nampaknya..hehe tambah2 lagi yg carry mark jauh lagi nak lulus. Pelbagai story morry keluar kan..hehe
Post a Comment