Pages

15 April 2011

Lemau

Bismillah wa salam..

Akhir-akhir ini, badan rasa sangat 'lemau'. Masuk usia 30, memang tahap kesihatan mudah menurun jika main taram lantakkan nak makan apa, nak tidur macammana dan nak bekerja ikut suka. Ingatkan saya jer.. rupanya ada juga geng di fb dan blog. Maka, saya tidak kesorangan.. keh.. keh..

Apa kekurangan badan lemau?

Bangun pagi rasa liat.

Tak selera nak masak apa-apa (tapi selera nak makan.. kekekekekk) - tapi masak jugak tuk malam selang sehari sebab boring tak tau nak beli apa.

Serba-serbi mim alif lam alif sin.

Tengok di deretan kedai-kedai Pura Kenchana, ada buka Spa. Wah! Tiap kali berhenti di traffic light nak u turn ke rumah, saya cakap ngan en suami, satu hari bila free nak gi sini lah (kedai tu depan traffic light). Tiap kali berenti ok!.. hahahhah. InsyaAllah.. target lepas 13 Mei nanti. Aii.. lamanya lagi?

Bagi lepas marking final exam, kenduri adik dan adik ipar.. baru berbaloi. Tak dapat bygkan penatnya rewang, barang berterabur, tidur main aci tidur, perggghhhh! Lepas tu nak kemas semula barang pinggan mangkuk kerusi almari.. perggghhhhh! Lepas tu balik pulak Batu Pahat untuk jaga exam merangkap ambil kertas exam dan mula marking.. pergggghhhh! Lepas tu tengah tension marking balik pulak rumah mertua untuk rewang lagi.. Lepas tu balik Batu Pahat sambung marking..InsyaAllah, moga Allah mudahkan. Anggap je lah macam makan aiskrim vanila bersalut coklat dengan taburan badam pergghhhhh!

Merepek.. :P

Graphics

6 comments:

Ms.Lilies said...

kenduri mmg flat kan banun...
saya hujung thn ni double wedding adik kembar...dah bleh byg tergolek cemana pas kenduri hahahaha


selamat berspa :)

Aku_tulip said...

senorita....memang cm tu la klu umur dah masuk 30...akak dah 30-an....memang senang terasa lemaunya...hehehehe...
ye...kenduri memang penat sket...

Hamba Allah said...

askm morning kak...banyaknye agenda kak ! pehhh..jaga badan elok2 ya, nak pakai lama lg tu..kiki..cakap orang kan...hihi..tp saya rase...akak kene makan macam saya makan kat sini, conpem kurus, kehkeh, mana taknye, nasi selang sehari @ 2 hari, pasta, mee goreng(spageti-lauk ada @tak de), epal, pear, sandwich, pizza. air kosong @ teh panas. sarapan mmg x mcm saya mkn mcm kt opis la. mcm badan segar jugak, wpun sakit2 sebab duduk lama kt atas kusi. hikhik, tah hapa2 la saya merepek ka..tp diet yg bgs ape. kurangkan amik nasi, kwn sini tak amik nasi 2 mgu, leh kurang 15kg kak ..ape lg..jum la kite....diet sama2..

senorita_2012 said...

Mimi: yer la.. memang flat.. lepas kenduri yang tak laratnya, sebelum tu raaamaaaii dtg tolong, tapi selepas mak aiii, tuan rumah pun mujur je jumpa jalan keluar.. kih.. kih..

Aku_tulip: tu la.. tapi memang rasalah. bila dah 30-an badan dah start cerewet. dulu2 tak tidur takat 2 hari tu bolehlah lagi, skrg toksah kata tak tidur, kurang sikit pun sakit kepala, lebih sikit pun sakit kepala.. heheheh.

Ziha: Akak sangat setuju dengan cara tu. Dan akak telah berazam sekian lama untuk mencubanya. Tapi mai nak habaq.. godaan makanan kat Malaysia ni lebih mendayu-dayu dari azam akak yang goyah tu.. keh.. keh..

senorita_2012 said...

ziha.. tambahan. hari ni dapat roomate baru, dah ada phd plak tu.. kekekekek.

Hamba Allah said...

ye ke kak..pehhh..mesti akak tercabar ni..cpt2 kak sambung,yuhuuu..good luck ye...waa...tidakkk my bilik....huaaaaaa