Pages

11 June 2011

Alhamdulillah..

Bismillah wa salam..

Sudah hampir habis cuti, lusa sudah mahu kembali bekerja. Sudah ada meeting yang menanti.. :) Meeting tak habis-habis. Tolak saja program universiti debushhhh!(biarlah 2 jam berkubur) sebab saya ada report yang belum siap (tsk tsk) dan urusan untuk cuti belajar yang perlu diselesaikan.

Alhamdulillah, saya dapat tawaran project PhD dari Vienna, Austria. Actually setiap kali cuti semester dah jadi rutin pulak untuk survey PhD. Saya approach ramai juga cuma ada 2,3 saja yang reply. Biasalah tu.. Ada yang reply kata dah penuh student (dari Netherland), ada yang reply kata dah tak buat research dalam area yang saya minat (ni kes tak update website hahah) dan ada ramai yang senyappppp je. Kekekek. Tapi honestly, saya tak apply UK dan Australia.. kecuali yang sahabatku Ziha kenalkan. Tapi sungguh cakap, kalau approach lecturer UK (dulu saya ada approach sorang), lajuuuuuu je reply dan jawapan tak mengecewakan. Compare to another Europe country, memang tak dak la.. hehhe..

TAPI bagaimanapun, itu semua belum pasti lagi. Kerana sebab-sebab berikut:
1. Vienna University of Technology menggunakan manual application, maksudnya kena pos di pejabat pos dan saya takut sangat takut borang saya tak sampai.
2. Dah sampai pun, proses bla bla bla ambil masa, dan manalah tau, kot application di reject.. huk huk huk. (Walaupun saya email Postgrade School dia, dia kata kalau dah ada supervisor biasanya diterima jer)
3. KUOTA di sini. Haishhhh.. nak berebut pulakkkk. Entah ada lagi tak kuota.

4. IELTS - Vienna University of Technology tak ada syarat IELTS hihihi (Alhamdulillah..) tapi saya perlu juga lepas IELTS untuk KPT.
5. En suami kena ambil cuti tanpa gaji. Agak-agak boleh ker?

6. ..
7. ..
 .
 .
100. ..


Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor takut dalam diri  ni. Takut tu, takut ni. Especially saya takutkan education untuk 'Alawi dan Aisyah dan Rifaie (sepanjang di sana dia dah besar)-but sepanjang yang saya survey ni ok lah. Di Vienna bahasa yang digunakan adalah German. Yer.. silalah belajar bahasa German untuk urusan harian. Untuk PhD, English (ni pun tak pandai keh.. keh..). Saya dan en suami dah plan untuk belajar serba-sedikit German (just lepaskan untuk urusan harian) dengan Guru Bahasa German disini, yang mana biliknya di depannnn bilik saya ni je haaa... keh.. keh.. (berbayar pun takperlah). Dan saya nak tau kamus yang digunakan, takkan nak main bantai jer.


Oklah.. itulah serba sedikit. Mula-mula ingat nak keep it to myself (except Ziha yang dah ter tau), tapi rasa takut tu teballllll sangat, dan saya perlukan doakan anda semua. Doakan kami. Doakan lepas di fakulti dengan ada kuota, doakan lepas di KPT, doakan lepas IELTS, doakan kami selamat mengharungi segala dugaan.. yang mana rasa takut dan bayangan macam-macam benda tak reti terbayang di fikiran.. dahsyat.. dahsyat.. kot kalau confirm dapat mau jadi zombie tak tidur duk fikir.

Amin..


Graphics

5 comments:

Hamba Allah said...

askm kak..alhamdulillah, mana2 pun tak pe, yang penting phd akan berjalan nanti. cuba dulu uruskan, kalo tak dapat, usaha lagi, jangan mudah putus asa. good luck untuk akak ye. saya selalu doakan. amin.....in advance.

Ibu Aunis said...

congrate banun! sbb dah mula melangkah walaupun dalam ketakutan..hehe..
all the best!!

senorita_2012 said...

Ziha: HA HA HA. Kalau tak dapat atas sebab-sebab yang memang tak dapat.. Akak akan apply dalam je lah.. hihi. InsyaAllah..

Far: Tq Far.. korg dah dapat PhD saya baru sibuk2 nak bertatih.. tu pun menggeletar2.. huhu

Ibu Aunis said...

blum dapat...tah bila nak dapat...hehe takpe ngeletar2 dulu, melompat2 kesukaan kemudian..

saya dah hampir 4 tahun menggeletar ni ;)

senorita_2012 said...

Far: All the best! InsyaAllah dengan rekod2 cemerlang awak sebelum ni awak insyaAllah pulang dengan kejayaan!