Pages

14 June 2011

Transcript Master

Bismillah wa salam..

Perkara kedua yang perlu dibuat setelah dapat supervisor ialah, mohon tempat di universiti. Nak mohon, sebagaimana yang saya katakan, guna manual application.. maksudnya tiada online application. Tak kisahlah tu, cuma satu masalah saya ialah saya punya transcript MSc version English tak dak.. Sijil ada English, cuma transcript. Saya actually organize segala tok nenek sijil, transcript dan lain-lain perkara penting dalam fail khas. Itulah pelik pulak bila transcript English tak ada.

Oklah.. biarlah mana pergi entah transcript tu, saya nekad call Pej Pendaftar UTM. Tak dapat call saya email sajalah bahagian akademik (agak-agak je). Rupa-rupanya saya diberitahu saya perlu berurusan dengan SPS. Alamak.. nak call lagi.. hihi.. maka call jugalah dan bila dapat, mereka boleh tolong.. cuma kena call nombor lain dan emailkan details saya. Tapi belum settle sebab masih cuba call nombor yang diberi. Hopefully boleh settle segera dan jika saya perlu ke UTM untuk ambil, saya rela jer.. (Bangunan SPS di mana sekarang?)

Ok, itulah setakat ini.. sementara tu mari kita cuba plan untuk IELTS. Menurut borang cuti belajar UTHM latest, IELTS untuk negara-negara bukan English adalah 6.0. Hmmmmmmmm..

Actually, saya hanya mencuba. Dan actually saya ada tak cukup syarat (syarat KPT), tapi sepertimana saya katakan, saya cuba. InsyaAllah, moga segalanya tidak menjadi sia-sia. Jika tiada rezeki saya, saya apply universiti dalam negara.. tak apa kerana saya sudah cuba dan saya tahu kemampuan saya untuk ke sana tiada.. jangan tak cuba tapi awal-awal dah mengalah..

Begitulah.. :)

Update 4.51pm:
Akan di pos.. yey! Alhamdulillah..

Graphics

6 comments:

Ibu Aunis said...

seronoknya dgr update org tu..teringt memori 4 tahun dulu...hehe

all the best!

Hamba Allah said...

hopefully, akak cuba jugak mintak yang satu lagi tu, sebab yang tu online je. saya nk bgth, kalo nak duit byk dlm akaun lps abis belajo, mtk le buat kt jepun, ielts pun 6.0 kot skrg (dulu mahathir 5.0). lagipun dekat, akak kan suke blk kg, kesian atuk nenek...rindu-rinduan nanti..kalo mcm saya skrg ni, blk2 ni kene byr byk butang piutang...erm as akak tau la kan...hukhuk..good luck sis !

senorita_2012 said...

Far:
Tak boleh happy dulu.. (happy ke dapat further PhD? bukan takutttt ke?)

Ziha:
Ye Akak cuba. Tapi lepas settle Vienna ni.. Jepun, entah.. setiap kali Akak buka website Jepun, rasa tak paham satu apa.. hihihi

Hamba Allah said...

ha ha ha...mmg le x phm..cuba tanye kwn2 yg pernah g jepun dan ade course maths ...lg lebih yakin kan....ade tu kan lect fkee yg br blk..kak siti noraya...

senorita_2012 said...

Ziha.. rasa akak pernah tanya Mahathir.. dia kata tak yah la.. hahahah..

Hamba Allah said...

kak..mb uni dia kot..try uni2 lain..erm...dia tu nk untung sorang kot..asyik cter psl duit terkumpul dia yg byk giler xtau nk bt ape..pastu siap nk jln2 london dh abis belaja nanti nk abiskan duit...huhu