Kenapa manusia ada masa susah, ada masa senang?
Manusia bila masa senang, tak ramai yang ingat Allah..
Tapi bila susah, kebanyakannya tak lekang dari ibadah tambahan pada Allah..
Allah Maha Mengetahui hamba-Nya, maka diturunkan kesusahan untuk hamba-Nya kembali semula ke pangkuan-Nya. Betapa besarnya kasih sayang Allah.. Maka jika kita mendapat kesusahan, usah berkeluh-kesah kerana ia sebenarnya menandakan Allah mengasihi kita dan mahu kita kembali kepada-Nya.
Namun, alangkah bahagianya jika kita beroleh kesenangan, tapi dalam masa yang sama kita beribadah bersungguh-sungguh menunjukkan rasa syukur atas segala nikmat kurniaan-Nya.
Masa susah, masa senang, semuanya perjalanan hidup yang tidak abadi di dunia ini. Hidup yang ingin mencari keredhaan-Nya.
P/s: Peringatan untuk diri sendiri yang sentiasa leka dan lupa.
Betulkan NIAT, perelokkan CARA, semoga kita menjadi hamba-Nya yang diredhai dunia dan akhirat. Amin..
1 comment:
betul2 tu...smg kite sentiasa bersyukur dgnNya kan
Post a Comment