Saya memikir-mikirkan pencapaian diri ini pada usia yang melepasi tahun dewasa. Short term goal, long term goal.. yang short term punya asyik-asyik saya terpaksa tukar plan. To do list nya asyik-asyik kena drag to do list yang hari ni ke esok, tak pun tukar ke hari lain as long as tak last minute. Dah, ada list yang kena diperbaharui dan lebih urgent. Kena pulak ada hari-harinya 'lemau' semacam otak, tak boleh fikir sangat.. maka kerja yang melibatkan fikir-dalam-dalam tu kena tolak tepi.
Itu tentang kerjaya..
Sebagai ibu, kepada 3 orang anak (zaman sekarang, 3 tu dah kira ramai ker.. keh.. keh.. padahal adik beradik saya 9 orang, Mak saya rilekkk jer.. tapi kena darah tinggi la.. hihi), apa agaknya pencapaian pada keluarga? Hari-hari cita-cita nak lipat baju (masalah utama ni!). Tapi bila dah mandi, makan, solat, rehat.. rasa tak nak ganggu ketenteraman diri sendiri. Rasanya saya ni kena push diri sendiri lebih sikit untuk lipat baju. Rasanya lipat baju lagi susah dari kemas rumah.. tu pasal bila nak balik kampung seksa woooo.. seksa nak lipat baju! Ini benda yang saya nak ubah dalam diri ni, "jadi rajin lipat baju".
Anak-anak pula, saya tak consistent ajar membaca. Respect pada en suami bila dia amat consistent ajar anak mengaji. Alhamdulillah.. Cuma saya, kejap ada hari ajar, kejap ada hari tak ajar, kadang-kadang lama saya tak ajar.. bergantung atas mood 'Alawi. Dia tu manjang nak sensitif, tegur sikit merajuk.. saya ni letih nak gaduh-gaduh malam-malam.. hihihi. Kadang suruh ambil buku tak ambil-ambil.. adoila.. Ye, ini juga satu yang perlu saya ubah dan capai! (tiba-tiba semangat).
Sebagai isteri.. ye lah.. satu jer, tak nak degil.. (kekekekkeke). Tapi kadang, entah kenapa saya ni degil tak mau dengar cakap orang.
Above all.. saya tetap mahu jadi anak yang baik. Dah lama tak jenguk orang tua di kampung. Semalam Emak call, malam tu janji nak call semula sebab nak bagi anak-anak cakap, at last saya terlupa. InsyaAllah, harap malam ni tak lupa ler..
Pencapaian diri, apa-apa pun, moga semua membawa kepadaNya.
Ok la.. Assalamu'alaikum..
1 comment:
kak..semoga berjaya !
Post a Comment