'Alawi
"Ummi.. ni bila kita nak dapat baby perempuan ni?"
Erk?
"Ishh.. Ummi dah tua la.. tak dapat baby dah.." (keh.. keh.. jawapan nak selamatkan diri)
"Ha?" (Sambil tengok Ummi atas bawah)
"Oooo.. perut Ummi dah tak muat yer? Baby dah tak boleh duduk yer?" Jawab 'Alawi.
Tsk.. tsk.. nampak macam tak muat yer?
Aisyah
Di kampung baru-baru ni.
"Aisyah.. habiskan nasi tu.. " Emak saya bersuara. Cucunya duk makan lauk jer..
"Kenyang la Nenek.. nasi tak sedap.."
"Habiskan nasi Aisyah, nanti nasi nangis.." Emak saya cakap lagi. (Macam pernah dengar jer ayat tuh.. keh.. keh..)
"Ha? Nasi takde mata pun?" Jawab Aisyah.
"..." Speechless Nenek.
Rifaie
Saya tengok dokumentari tentang ular. Saya takut nak tengok ular, tapi kagum dengan cara host tu tangkap ular-ular berbisa ni. So, tengok je lah. Rifaie ada tepi saya.
"Eli.. eli.. (geli.. geli..)"
"Tutup mata." Saya kata.
Tengok, tengok si Rifaie tutup mata guna tangan tapi buka jarakkan jari dia kat mata. Senang kata tak tutup mata jugalah kan.
"Akut.. akut.. (takut.. takut..)" Sambil tangan kat mata sambil jari terbuka.
Ni namanya takut tapi mahu!
***
Anak oh anak.. hadirmu menceriakan suasana. Tapi kalau semua buat perangai.. haishhhhhhhhhh.. Ummi terpaksa jadi harimau!
3 comments:
ala ummi kalo jadi harimau pun, saya pasti harimau yg tersenyum je..tak akut pun..hehe..ummi mana pernah marah menyinga. Marah ummi sambil tersnyum. :)
tak ah.. jadi rimau betul2.. hahahah
as salam..maaf mencelah di sini.Jika berminat dengan produk vco catalyst tu,masih boleh beli dengan harga offer tu.Nanti sms di nombor yang tercatat di blog saya ye.
zida
http://catalystblogshop.blogspot.com
Post a Comment