Alhamdulillah.. Jumaat terakhir sebelum Ramadhan menjenguk. Aura Ramadhan yang tenang, sudah mula terasa. Moga-moga Ramadhan tahun ini saya akan dapat mengalaminya dengan penuh kesyukuran dan keimanan.
Proses PhD sedang berjalan, ada masa ada mood, ada masa mood menyorok dalam almari kot.. (hihi.. tak lawak), saya manusia biasa yang lemah, ada pasang surut semangatnya. Currently, learning English and Proposal dilakukan serentak. Proposal, bila baca yang bakal supervisor bagi, quite faham, tapi bila nak elaborate lagi, stuck. Itu tak tau, ini tak tau.. baca tu blur, baca ni blur.. tak apalah.. perlu fokus lagi. Itu persediaan di sini. Owh.. insyaAllah akan present proposal di kolokium 10th August. Doakan saya ye kawan-kawan supaya dapat siapkan on time.
Bagi persediaan Vienna pula, Isnin baru ni dapat surat, menyatakan saya (as a foreign applicant) perlu hantar proof of direct admission to technical faculty/university in MALAYSIA dalam bidang yang sama (seperti dipohon), dalam semester yang sama (seperti dipohon). Owh.. rasa macam faham apa yang dia nak, tapi macam eh tak logik pulak.. (heheheh.. suka-suka hati ko je kan). Saya email mereka, bertanya sejelas-jelasnya apa maksudnya. Jika yang saya faham, saya perlu mohon universiti sini (technical), dan ada bukti yang saya layak masuk PhD di sini (Malaysia). Jika saya salah faham, silalah betulkan.. saya budak baru belajar. Then, semua dokumen perlu pengesahan Foreign Ministry, that's mean, dokumen saya sebelum ni kena hantar semula kan?.. dah macam nak terus masuk universiti pulak.. baru nak apply tu. Tapi tak apalah.. dah itu polisinya, siapa kita nak pertikaikan.. belum apa-apa dah kerek apa pulak cerita kan.. :) Nak lari dari IELTS untuk permohonan, tersekat pula di situ.
Saya akan buat the best saja. Jika betul saya perlu mohon dulu di Malaysia, saya mohon saja, lagipun saya memang perlukan back up di Malaysia kan.. so, tambah satu lagi kerja parallel.. English-Proposal-Supervisor Malaysia.
PhD bukanlah sekadar sekeping sijil biasa untuk manusia biasa. Ia adalah rentetan perjalanan hidup kita menuju Ilahi. Semoga kita berjaya menjadi manusia luar biasa yang mendapat bukan sekadar sijil biasa, tapi pengalaman dan penambahbaikan diri yang luar biasa.
Salam Jumaat, dan Selamat Menyambut Ramadhan, bulan penuh keberkatan..
1 comment:
pelik la requirement tu ek..tapi yelah vienna tu lain dr kebiasaan. So lainler plak caranya..hope everythings smooth utk awak. Gud Luck! :)
Post a Comment