Alhamdulillah.. seronok dan rasa lebih tenang dan gembira bila hidup sentiasa positif dan bersyukur serta redha atas apa yang dilalui. Bila ada tekanan dari orang sekeliling, senyum saja dan tak perlu fikir-fikir sangat kelakuan atau provokasi orang lain. Bila ada konflik dalam diri, segera muhasabah dan usahakan penyelesaian.
Ada hikmahnya Allah takdirkan blood pressure saya naik melambung-lambung masa awal pregnancy dulu. Selepas itu saya banyak tenangkan diri, banyak buat tindakan segera supaya tiada kerja-kerja bertangguh, saya pastikan saya cukup rehat, dan rasa redha redha redha dengan apa yang berlaku. Alhamdulillah, walau penat seharian menguruskan emak dan rumah masa di kampung dulu (masa emak sakit tak boleh buat apa-apa), keadaan saya stabil dan sihat Alhamdulillah. Kini, emak pun dah sihat (cuma tak 100% la..) dan saya punya darah pun dah stabil yeay (walau saya dah lama skip ubat tanpa pengetahuan dr hahah.. ok nanti kena bgtau), checkup di klinik pun normal.. cuma biasalah bila awal-awal dah kena high risk pregnancy, kena buat lawatan berkala ke hospital.
Dr pun pelik kenapa bp saya begitu melambung dulu.. saya? Semuanya dari Allah dan adalah pengajaran yang Allah mahu sampaikan.
Salam sayang untuk semua.. :)
Oh.. Disember bulan kami. 'Alawi 3 dis, Aisyah 8 dis dan Saya 20 dis.. usia yang bertambah bermakna semakin menghampiri hari akhir di dunia fana ini.
7 comments:
alhamdulillah, semoga semuanya terus baik2...selamat hari lahir untuk 'Alawi, Aisyah dan kak banun....semoga panjang usia + murah rezeki + sihat2 sokmo ye -- salam sayang dari kami sekeluarga :-)
tq ziha..
take care banun..insyaAllah moga allah sentiasa anugerahkan kita ketenangan dalam hadapi ape jua..and yes, REDHA dalam ape jua ujian..:)
tq far.. insyaAllah Allah kurniakan ketenangan kpd awak juga utk habiskan phd.. Amin..
redha tu penting kerana ia rentetan dari rukun iman yg ke enam.. percaya kepada qada' dan qadar..
Banun, tahniah yer....dah berapa bulan....sori tertinggal ketapi.....by the way bila plan nak fly....next year yerrr.....anyway selamat maju jaya......moga Allah sentiasa mudhkan segala urusan awak....
selamat hari lahir kak banun...:-) 20.12.2011
fuaada: Tq. 25 weeks. Fly entahler.. fly dalam negara je kot. Tahniah juga sebab dah habis viva kan? Dah ada di Malaysia?
Ziha: Tqvm..
Post a Comment