Alhamdulillah. Sudah masuk ke tahun 2012. Baru sahaja lepas kita semua memperkatakan tentang 1 Muharram 1433, kini kita lalui pula perubahan tahun Masihi 2012. Sebagai ummat Islam, tentu kita seboleh mungkin mahu mengingati tahun Hijrah, namun sistem di negara ini yang lebih menggunakan kalendar Masihi dalam urusan harian adakala membuatkan kita lupa haribulan Hijrah. Moga ada perubahan khususnya buat saya mengenai itu. Amin.
Post saya sebelum-sebelum ini telah masuk muzium. Bukan merajukkan sesuatu, bukan juga kecil hati atau apa-apa yang negatif, tetapi saya mahu memulakan tahun ini dengan sesuatu yang bermanfaat. Kata-kata yang bermanfaat, perbuatan yang bermanfaat dan penulisan juga harus bermanfaat. Amin. Post lama, tidak saya buang, sayang juga.. (seolah-olah membuang diari hidup kita), cuma saya simpan kejap-kejap untuk tatapan saya sendiri.
Azam? Saya tidak pernah ada azam yang khusus. Jika disenaraikan, rasanya mungkin banyak yang saya nak capai dan nak kejar, merangkumi kehidupan sebagai hamba ALLAH, wanita, isteri, ibu, anak dan pekerja, sudah tentu pecahan-pecahan target meliputi kesemuanya. Cukuplah dinyatakan saya mahu menjadi lebih baik dari masa-masa sebelum ini.
Tahun ini juga, berlaku beberapa hijrah (physically) bagi saya.
1. Hijrah rumah
- Kami telah berpindah ke rumah staf berdekatan masjid pada 25 Dis lalu. Rumah di Sri Gading, menjadi tempat singgah sebentar kami anak-beranak jika pergi atau balik dari Batu Pahat. Rumah tidak kami sewakan kerana barang-barang kami banyak yang ditinggalkan. Juga, memikirkan mudah untuk menempatkan keluarga besar saya (emak, ayah dan adik-adik saya) jika mereka bertandang.
Pindah hanya membawa baju-baju, mesin basuh, dryer, peti sejuk, oven, TV, kipas tinggi satu dan kipas rendah 1. Pinggan mangkuk pun bawa yang perlu sahaja. Rumah staf ini kecil comel sahaja, sesuai untuk mak buyung seperti saya mengemasnya.
2. Hijrah bilik
- Lama sudah saya menghuni bilik (pejabat) saya ini. Sejak 2003. Rancangnya, saya akan keluar mungkin hanya setelah saya melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Tetapi, tiba surat menyatakan kami perlu mengosongkan bilik sebelum 31 Dis. Memandangkan surat tiba sewaktu saya sibuk menguruskan pendaftaran 'Alawi dan Aisyah (membuatkan saya mengambil cuti), maka terpaksalah saya engkar. Lagipun, kami belum pasti mahu ditempatkan di mana, jadi apabila sudah betul-betul confirm, barulah saya bertindak.
Bagaimanapun, saya sudah menyediakan apa-apa yang perlu.
| Loytape dan gunting |
| Kotak |
3. 'Alawi darjah 1
- Sekejap sungguh masa berlalu. Anak saya yang sulung ini bakal mula bersekolah esok (4 Januari 2012). 30 Dis lalu, kami menguruskan pendaftarannya, 'Alawi juga menduduki peperiksaan saringan, saya juga telah membalut kesemua buku-buku teks (balut kembali) dan buku lembaran kerja yang diberi pada hari tersebut sebab mengenangkan minggu seterusnya saya bakal sibuk kerana esok juga final exam pelajar Eng Math 3 saya bermakna 163 skrip jawapan akan saya terima dikuti 96 skrip lagi pada 5 Jan untuk Eng Math 4.
Alhamdulillah, 'Alawi nampak lebih matang dan tidak asyik mahu berkepit dengan saya saja, dan tidak sedikitpun kisah apabila saya tinggalkan dia seorang dalam kelas untuk menduduki peperiksaan. Ini memudahkan kami mendengar taklimat dan membuat pembayaran buku-buku sementara menanti peperiksaan tamat.
Alhamdulillah juga sekolah yang kami pilih (SK Jelotong), hanya mempunyai 2 kelas dengan pelajar yang tidak sampai atau lebih kurang 60.
4. Aisyah dipindahkan ke Tadika Iman
- Pendaftaran Aisyah di Tadika Iman juga telah saya selesaikan. Esok juga Aisyah akan memulakan persekolahannya di tempat baru, kawan baru dan suasana baru. Diharap, penghijrahan yang kami buat ini (walau pelaburan yang dikeluarkan berganda-ganda dari sekolah sebelumnya), adalah terbaik untuk Aisyah. Amin.
Jika hendak diceritakan semua, banyak lagi. Belum lagi diceritakan gelagat Rifaie yang semakin mencuit hati dari hari ke hari. Rifaie yang sudah petah bercakap walau huruf 'R' belum dapat disebut tepat, dan vocab yang masih lagi kurang.. tetapi sangat suka bercakap.
5. Pertukaran template blog
- Baru tadi saya mencurahkan idea untuk mebuatnya sementara menunggu pelajar-pelajar yang membuat temujanji untuk berjumpa saya hari ini.
Semoga tahun 2012 ini memberi kebaikan dan keceriaan kepada semua sahabat-sahabat juga :)
1 comment:
assalamualaikum wbt,
saya nak jadi orang pertama komen, aci tak ? selamat tahun baru 2012 dan selamat berhijrah...semoga beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat :-)
Post a Comment