Bismillah wa salam..
Saya mahu kemas bilik (office). Saya mahu buang segala macam harta karun yang berkurun dah dalam bilik ni. Saya mahu tinggalkan fail-fail dan dokumen yang relevan saja. Saya mahu simpan dalam kotak apa yang tidak akan digunakan dalam semester terdekat, seal dan simpan di rumah Sri Gading. Sebab memikirkan sooner or later saya akan terpaksa buat macam tu jika further study, jadi baiklah buat sekali je sekarang alang-alang dah kena pindah ni. Tinggal yang benar-benar perlu saja bagi semester depan.
Masalahnya, dari mana saya nak mula? Barang saya mungkin secara luaran nampak sikit, sebab saya expert (this is not a brag statement! amaran!) dalam menyembunyikan barang-barang saya. Jika saya keluarkan, mak aihhhhhh.. ***Bayangkan poket Doraemon.
Maka, sebentar lagi en suami akan buat panggilan pulang. Jadi sebab saya dah tak tau nak usik mana dulu, mungkin kita buat next week sajer. Kih kih..
Happy Holiday!
No comments:
Post a Comment