Bismillah wa salam..
Baru siap pindah office. Barang dalam kotak belum dikeluarkan pun.. sungguhlah tak larat (Ya Allah.. berilah ku kekuatan.. Amin..) nak punggah kotak semua. Banyak buku-buku, files, tah hapa tok nenek khazanah yang dibuang, di asingkan mana nak hantar ke rumah, mana nak hantar ke office baru.. berkotak-kotak. Akhirnya, hanya sedikit (sedikit ko kata???) yang saya bawa ke office baru yang memang baaaruuu serba serbi. Alhamdulillah.. walaupun dek kerana air con baru, meja kerusi almari baru itu menyumbang kepada tekak dan hidung yang sakit, bersyukur saja dengan apa yang ada. Bukan lama pun duduk situ, sat gi nak bersalin pulak..
Ok, back to our main topic (biasalah.. muqaddimah panjang), apa yang surprise?
Satu dua hari, saya terima panggilan dari no kl.. yang mana adakala saya tak sempat nak angkat, adakala saya refuse nak angkat (i fobia dengan agen insurance yer.. keh keh..), dan dia call pun saya sedang berurusan dengan dr di hospital (routine checkup.. anak ke 4 ni rezeki dia direct check dgn dr di hospital, klinik semualah di conquer). Akhirnya tadi, saya terima pula call dari no dalaman (cuma no lama, bukan no baru.. yang biasanya no mesin fax). Saya yakin ia bukan dari agen insurance, maka saya angkat.
"Salam Cik, ni Cik.. ni bla bla bla.."
"Ya, saya.."
"Owh.. saya ni dari bank Muamalat, nak bagitau Cik ni pemenang entahcontestapa (sorry lupa), Cik menang iPad.."
Saya diam.. sebenarnya tengah fikir, masa bila pulak saya ni ada inisiatif masuk mana-mana contest?
Lepas tu teruslah si pemanggil terangkan apa yang diperlukan dan bagaimana nak collect iPad.. dan saya yang blur ni tanya, macammana pulak saya ni boleh menang? Sungguh pelik..
Rupa-rupanya bank Muamalat ada anjurkan satu contest di mana jika kita reload prepaid atau bayar bil Celcom online menggunakan e-Muamalat, kita mempunyai peluang memenangi iPad.. heheheheh. Memang le saya ni tiap-tiap bulan bayar bil Celcom saya guna e-Muamalat sebab saya ni agak culas nak bayar offline (silap-silap bil tertunggak 2, 3 bulan baru bayar.. haaa.. baik online je) dan dulu, saya ada 3 akaun Celcom (satu exec 50, 2 Celcom 3G kan ke banyak bila 3 ni bayar sekaligus), cuma makin lama, tinggal dua saja, dan akhirnya bulan depan saya hanya tinggal Celcom exec 50 saja untuk call, yang internet saya dah bertukar kepada P14G. Maaf ler, modem 3G rosak (dan line pun asyik semputttttt je), dari beli modem baru, baik saya tukar pada P14G yang pantas dan boleh share 3 komputer satu masa, dengan tawaran harga yang berbaloi-baloi. Kiranya dulu-dulu, saya bayar guna Maybank2u sebab bank Muamalat tak ada online, lepas dah boleh online saya direct guna e-Muamalat sebab tak payah susah-susah transfer ke Maybank lah, itulah.. kira itu rezeki yang tak disangka.. begitulah kisahnya..
iPad belum dapat, entah bila. Jika ada rezeki, adalah.. jika tidak, saya tak rugi apa-apa.. just nak share saja kisah ini.. :) Dan, menjadi seorang yang tak pernah peduli pun iklan contest di sekeliling website bank.. baik e-Muamalat, baik Maybank2u, ini memang satu surprise pada saya.. :P
No comments:
Post a Comment