Pages

12 September 2012

Arnab dan Kura-kura

Bismillah wa salam..

Kisah arnab dan kura-kura. Anak-anak saya dah hafal sebab episod Upin dan Ipin yang ceritakan kisah ni selalu diulang-ulang.

Dalam kehidupan, saya selalu lihat, orang yang dulunya kita lihat slow motion, macam terkial-kial tak ada apa-apa (kura-kura ler tu), tapi konsisten berusaha, akhirnya mereka inilah yang berjaya. Sedangkan ada juga manusia, hanya bercakap, rasa dirinya hebat, akhirnya tak ke mana kerana tiada usaha untuk memajukan diri. Akhirnya, yang dulu hebat sudah jadi biasa-biasa sebab zaman makin maju, perubahan demi perubahan di persekitaran untuk menambahbaik keadaan sedia ada.

Contoh, tak mustahil Politeknik satu hari nanti akan lebih berjaya kerana usaha yang konsisten untuk mencapai taraf universiti oleh staf-stafnya jika universiti-universiti sedia ada masih di takuk lama. Contoh ajer.. tak ada kaitan dengan kisah sebenar.. Sebab melihat keadaan semua yang berlumba-lumba mencapai world class universiti.

Itulah ajaran Islam yang syumul.. ISTIQAMAH. Yer.. makcik yang sedang menulis, sila ISTIQAMAH dengan apa yang anda buat.. kikiki.

2 comments:

Dr. Norziha said...

assalamualaikum..dalam maksudnya...semoga kita tergolong dalam manusia yang tahu berusaha untuk mendapatkan kecemerlangan hidup dunia dan akhirat :)

Dr. Norziha said...
This comment has been removed by the author.