Pages

14 September 2012

Amanah

Bismillah wa salam..

Rimas masuk ke blog sendiri, melihat layout dan entry yang agak berterabur. Test letak gambar.. nak edit tunggu dulu. Masa belum mengizinkan. Inipun nak catat sesuatu.. ingatkan diri sendiri yang lebih sebenarnya.

Anak-anak adalah amanah Allah. Apa yang mereka bakal 'jadi' atau siapa mereka satu hari nanti, ibu bapanya lah yang mencorakkan. Dengan izin Allah dan yang pasti atas qada' dan qadar Allah. Betapa Allah rahsiakan ketentuanNya, supaya manusia ini berusaha dan berfikir.

Allah anugerahkan kami 4 permata hati. 2 putera, 2 puteri.. tambah cantik, mereka lahir selang bunga. Lahirnya mereka bersama amanah dari Allah yang amat berat. Kuat di hati mahu mereka membesar dalam suasana penuh keislaman, penuh mawaddah wa rahmah. Namun, mudahnya berkata dan bercita-cita bukan semudah untuk melaksanakannya. Saya dan en suami sehabis mungkin cuba berusaha, memperbaiki diri masing-masing. Sampai masa terlalu letih, tu yang 'berperang' sekejap. Kami tidaklah mahukan kesempurnaan anak-anak, tetapi biarlah anak-anak dalam keadaan terjaga. Alhamdulillah, ini dapatlah juga dicapai, tidak sempurna mana namun syukur bagi saya.

Bila 'Alawi telah bersekolah, sedikit sebanyak peranan rakan sebaya dalam menentukan sikap anak-anak nak tak nak perlu kita terima. Bukan mudah, sebab kita tak nampak apa aktiviti mereka di sekolah. Namun dalam bab ini saya bersyukur sebab anak-anak jiran banyak membantu. Apa kesalahan yang 'Alawi buat, cepat saja sampai ke pengetahuan kami. Tetapi, bila 'Alawi ni makin lama makin meningkat umurnya, makin banyak perkara yang perlu dipantau.

- Pesan saya bila kami tiada di rumah dan dia tinggal sorang "Jangan bawak masuk kawan" - tapi tak pernah di ikutnya. Semalam, siap kunci pintu duduk dengan kawan-kawan dalam rumah. Grrrrrr.

- Mee Segera (terutamanya Magg*) adalah di HARAMKAN untuk makan. Sebungkus Magg* pun tak dibenarkan berada dalam rumah. Larangan berkuatkuasa dari hari pertama 'Alawi sekolah dan akan diteruskan sampai bila-bila. InsyaAllah. Cuma masa dalam flight hari tu jer sebab masing-masing lapar dan yang tinggal adalah Magg* cup. Pergi balik camtu. Lain kali kena siap order online la jawabnya..  - tapi dia makan Magg* yang kawan dia bawak. Makan pulak depan en suami.. bila mengaji susahhhhh kemain nak dapat. Tak pasal-pasal kena marah.

Saya tak tau orang lain, tapi kalau saya dan keluarga, bila makan Magg* jer lepas tu masing-masing bengap. Sebab tu kami decide NO MEE SEGERA. Sebab selain mengaji, kami dah mula latih 'Alawi menghafal surah-surah lazim. Jadi, yang membengapkan diri atau mempercepatkan lupa, elakkan.

Nak diceritakan banyak lagi ler pengaruh rakan ni. Kita kat rumah ajar lain, bila dengan kawan habisss ajaran. Haha. Tapi, nak larang berkawan susah pulak. Kang tak berkembang pulak.. Macam weekend, ada masa saya bagi dia ke library dengan kawan-kawan. Tapi kalau dah tengahhari rembang, dah nak Zuhur baru sibuk-sibuk nak ke library, memang tak bagi lah kan. Tunggu ler lepas-lepas tu - tapi kawan-kawan si 'Alawi ni dudukkkkk depan pintu tunggu juga, padahal dah cakap tak boleh. Grrrrr.. kang nak jerkah kang anak orang :)

Itu yang kami bincang semula. Nak marah sangat pun, nanti anak-anak tension duduk rumah, sebab asyik kena marah. Tu yang dia suka ikut kawan. Nak guna cara baik, sometimes kemain lembut cakap, dia buat dekkk jer.. Mungkin kami kena guna cara tegas. Bukan marah, tetapi tegas. No is No. If you fail to obey, then you will be punished. Denda cuci toilet ker.. kekekek.

OK lah.. mari melengkapkan ilmu rumahtangga. Dan mari bekerja. Salam Jumaat.

1 comment:

Dr. Norziha said...

assalamualaikum kak banun sekeluarga. selamat hari raya maaf zahir batin..dah nak abis syawal tahun ni. nampak khadijah pun dah besar kan, sekejap ja masa berlalu. akak sambung belajar kat mana nanti..hrp2 semua dimudahkan ya kak.. :)