Pages

24 October 2012

New! Again.. hmmm..

Bismillah wa salam..

Alhamdulillah.. masih dikurniakan nikmat sihat. Lamanya tak menaip sepatah dua di sini. Jika 'sibuk' sebagai alasan, maka sebenarnya masih belum cukup 'sibuk' kerana orang yang sibuk mesti pandai allocate masa untuk membuat sesuatu.

Sudah lama saya pandang blog ni dan sangat teringin untuk mengubah layoutnya. Macam mengemas rumah, buang habuk, susun perabot, tambah apa-apa yang baru, buang apa-apa yang dah tak available.. Tapi, pandang setakat pandang. Tapi gagahkan diri juga untuk buat sikit-sikit, create header baru. Jangan pelik pulak, semua yang saya buat benda-benda simple dan tak ambil masa. Guna photoshop, zus zas zus zas test elok ke tak, alhamdulillah, only need small adjustment.. siap. Simple sebab kalau nak beria-ia kena berteleku lah nampaknya.

Khadijah
eeeee baby!
Lagi 6 hari, baby saya ni akan mencapai usia 7 bulan. Khadijah exclusive breast feeding 6 bulan pertama, tapi masa usia dia 6 bulan setengah, stok susu habis licin, saya pula hanya pam sekali saja, maka konon-kononnya campurlah susu formula. Tapi, mulai minggu ni, yer si budak bijak ni langsung refuse susu formula yang pada awalnya dia suka sangat-sangat. Entah kenapa, dia hanya rela minum susu ibu yang dibekalkan. Pengasuh pening kepala, saya juga pening kepala tapi kena tekad dalam diri perlu pam lebih. Alhamdulillah si baby ni dah makan (banyak pulak tuh!).

Sudah meniarap menelentang dan guling-guling. Tilamnya hanya setakat seminit saja digunakan, selebihnya dia berguling atas lantai. Menyusur/mengundur belum lagi.. takpa dik, slow.. slow.. heheh.

Oklah. Dahlah update.. Macam biasa, azam setelah menukar segala layout adalah nak update setiap hari. Tapi.. saya sedar diri.. -__-

SALAM AIDILADHA.. Hidup ini memerlukan pengorbanan. Antara korbankan kerjaya untuk keluarga, atau korbankan keluarga untuk kerjaya? Pasti kita mahu memilih jalan tengah supaya tiada siapa yang terkorban.. namun.. pilihlah, dan pilihnya yang mendekatkan kita dengan Allah.. Wallahua'lam..

2 comments:

Dr. Norziha said...

askm kak banun, lengkap sudah hidup..semoga beroleh kebahagiaan kekal abadi :)

Ummu said...

Ziha.. mana ada lengkap. Banyak sangat kekurangannya.. cuma bersyukur je lah apa yang ada..