Bismillah wa salam..
Mari update sebelum bertapa semula.. hihi..
Semua ok. Alhamdulillah. Kuliah semester ini sudah habis. Sepatutnya dah boleh mula gerakkan planning PhD. Sepatutnyalah..
3/12 Birthday 'Alawi
8/12 Birthday Aisyah
20/12 Birthday diri sendiri..
Tak ada sambutan besar-besaran. Birthday 'Alawi dia pilih kek di kedai. Birthday Aisyah adik saya buat kek di kampung. Birthday saya? Saya tak minat makan kek.. keh.. keh.. Lagipun en suami meeting di PD. Kebetulan 20hb Johor cuti. Maka saya bersantai (bersantai???? haha) dengan anak-anak di rumah. Anak-anak saya memang behave bila ayahnya tak ada. Kenapa tah. Tak dan nak cari psikologi kanak-kanak. Tapi saya rasa budak-budak ni suka buli ayah dia la kot.
Apa-apa pun rasa sikit lega bila dah habis kuliah. Tapi tak fully lega sebab ada dokumen yang tah menda-menda perlu dilengkapkan. Yang penting coursework mark saya dah keluarkan. The rest.. next week je lah saya buat. Esok dan Jumaat mahu uruskan persekolahan 'Alawi dan Aisyah.
Ok. Till we meet again. Assalamu'alaikum.
No comments:
Post a Comment