Pages

02 January 2013

Mata yang kuyu...ppp

Bismillah wa salam..

Alhamdulillah 2013 sudah. Hari ini, sepagian menjaga exam. 3 jam exam, mau letih mengira detik saat berakhirnya exam. Haha. Kemudian bergegas pulang ke rumah untuk pump bm. Kemudian balik pula 'Alawi dari sekolah TANPA Aisyah. Wuhuhuhuhu.. anak.. anak.. bila ditanya, dia jawab dia tak jumpa Aisyah, maka dia TINGGAL je lah. Adoilah.. saya dah macam nak histeria mendengar jawapan anak sulung ku itu. Siap kena ceramah free.. apa perasaan koranglah kalau anak perempuan tak balik sedangkan dia ada abang di sekolah? Haishhhhh..

Cerita sebenar:

1. Budak-budak balik sekolah ramai-ramai, ada 8 orang semuanya. Ini semua anak-anak saya dan jiran.
2. 2 trip kereta kena ambil. Saya tidak ambil kerana balik jaga exam lambat dan en suami pula bertugas untuk Zohor. Lagipun pagi dah hantar. (Kami gilir-gilir).
3. 'Alawi naik trip pertama. Ditinggalkannya Aisyah yang katanya tak tahu di mana. Trip pertama sampai rumah.

Masa ni saya baru sampai rumah, tengok-tengok 'Alawi sorang. Tanya Aisyah mana, dikatakan TAK TAHU. APA???? Huwaaaaaa.. En suami juga balik rumah untuk bersih badan (nak imam Zohor), menenangkan saya. Rupanya at the same time trip kedua baru bertolak.

4. Trip kedua tiba di sekolah. Aisyah dijumpai bersama rakan baru membeli-belah di kedai. Owh.. katanya kawan dia belanja. Grrrrrrrrr.. (siap bawak balik jajan tuhhh)

Saya speechless. Rasa nak mengamuk dekat Aisyah pulak.

Hari ini memang Aisyah pertama kali masuk Darjah 1. Tetapi saya memang sengaja tidak mahu cuti dan kebetulan memang jadual jaga exam saya pagi ini. Last week dah cuti uruskan pendaftaran bla bla. Saya kenal sangat anak saya tu. Jika kita hantar dengan baik dan caring, dia akan menangis. Jadi en suami sahaja yang hantar. Itupun sampai pintu pagar sekolah dan abangnya yang tunjukkan arah perhimpunan etc. Macam kejam, tapi itu lebih mudah dan dia pun tak manja. Lagipun guru-guru dah pesan, ibubapa hanya boleh berada sekejap sahaja dengan anak-anak. Masa perhimpunan sahaja. Selebihnya, silalah percaya kepada guru-guru.

Apa-apa pun saya dah pesan sangat-sangat-sangat-sangat pesan pada 'Alawi, makesure dia dan Aisyah naik kereta yang sama. Jangan tinggal adik. Sound ek ehhhh.. budak tu baru Darjah 2 mana tau erti tanggungjawab? TAPI saya terpaksa latih begitu. Bukan susah, just responsible pada darah daging sendiri. Saya tak suruh dia kendong beg Aisyah pun, cuma makesure adik dia sentiasa bersama dia.

Sekolah Agama

Maka oleh kerana peristiwa sebelum tu tadi, saya dengan baik hati seorang ibu pergi pimpin Aisyah bawa mencari kelas. Sampai dalam kelas, MENANGIS pulak! Adoilah.. baik aku tak payah hantar tadi. Pandai pulakkkk. Kekekekke. (Kan dah kata.. Aisyah bukan boleh kita caring ngat, dia tiba-tiba jadi manja).

Tapi sebab saya hati kering (4 orang anak nak tegas kadang-kadang kena buat-buat hati kering), saya tinggal. Cikgu dia take over bawa duduk di sebelah cikgu. Memang over sunggguh!

Saya balik ke pejabat, ada appointment dengan student. Minggu exam kennnn. Student saya memang saya dah warning jangan main terjah jer.. nanti saya takde kuciwa pulak. So, diorang call dan set masa.

Sedang tunggu student, sampai msg kata nak discuss skema final exam one of the course yang saya ajar. Saya kata ada appointment dengan student. Katanya kalau dah habis, nak jumpa dan discuss.

Appointment dah habis (sebab tu saya dah boleh taip entry nih hihihi). Tapi tau tak mata sanya saaaaaaangattttt kuyuuuuuuupppppp. Ngantuk. Maka boleh tak tak nak ngaku dah habis appointment dan tak nak ada discussion? Yer.. sila salahkan diri sendiri sebab baru tengah malam semalam terhegeh-hegeh sampul buku anak walhal dah dapat laaaamaaaa dah. Kih kih. Owhhh.. baru tadi Aisyah pulak bawa balik buku teks dan buku lembaran kerja. Nak kena sampul le tewwww. (Hahahahha.. gedik jer taip camtu). Saya pulak guna sampul old school. Gunting, lipat, loytape. Hadoihhhhhh.

Sweet (?) sibling

First day 
Oklah. Rasa nak tutup sangat dah mata. Sekian update.

4 comments:

Dr. Norziha said...

askm kak, selamat tahun baru 2013 ! dan happy birthday, saya ingat sokmo besday akak ya..haha...

comel lah aisyah, dah sekolah dah..aduss..cepatnya masa berlalu kan, aisyah 'alawi sekolah mana kak ? bahagia tgh anak2 dh besar2...woh turn sy amik hntr anak sekolah dah lame bermula kat sini, tp kt msia akan bermula lagi sekali..ngeh2....best ja..nk sekolah balik la...lolololo

ctlin said...

kehkehkeh..tergelak aku baca ko nyer entry ni, penuh ngan pelbagai corak pasaan...hahaha...sesambil aku membayangkan ko jd rasaksa masa marah kat 'alawi..aku pon sama ban, ada ketika kesabaran hilang seketika...heheh

ms ari 1st tu,mmg dua2 anta, siap ayah dia nk tunggu 1 ari lg masa ari 1st tu,aku je yg kata suh balik tghr..heheh..siap amik cuti seminggu tu dr sv dia utk uruskan hal2 sekolah ni:)..setakat ni masih amik anta dia lg,sbb tgk dia bila je naik kete masa blk tu trus tido, cam letih melampau..kang ntah mana peginya kalo naik van/bas sekolah

Ummu said...

Puan Merlin: Uikss.. bakper nama baru nih. Aisyah dan 'Alawi sekolah Pt Jelutong. Kekangan nak ambik tu menyebabkan kami hantar sekolah yg dekat ajer..

Lindar: Sikit je lagi nak jd resaksa. Pening kepala urus bdk2 nak sekolah ni tapi rasa skang dah stabil kot..

Dr. Norziha said...

Askm Puan Banun, tulah nama dah jadi Puan Merlin..ngeh3x..tp akak mesti kenal saya punye kan...ic..okay la kan sekolah tu dekat...ic :)