Bismillah wa salam..
Berurusan dengan harta memang memenatkan dan langsung tak menarik. Saya bukanlah seorang pengumpul harta yang berjaya. Beli rumah kerana perlukan tempat tinggal yang selesa untuk kami anak-beranak, beli kereta kerana keperluan dan mahu selesa, beli tanah pun kerana ada sebab tertentu yang memaksa saya beli.. Pada saya, cukup seADAnya. Saya lebih selesa seADAnya sahaja. Saya letih jika mahu kira simpanan bla bla bla.. 10 20 tahun akan datang, anak-anak bla bla bla.. entah hidup lagi entah banyak perlu bersoal jawab di alam barzakh. Mungkin ini bukan tidakan bijak (tidak mahu fikirkan harta), namun saya senang begini.
Kerana itu, saya pelik apabila orang terlalu taksub dengan harta sampai sanggup menipu sana-sini, telefon sana-sini kerana mahu menuntut apa yang bukan haknya pun, kumpul beribu-ribu seolah-olah mahu hidup di alam barzakh dengan wang (masalahnya bukan duit dia pun), dan.. saya tak faham. Manusia begini, jika tidak masuk dalam hidup saya dan tiada kaitan apa-apa, tak apa.. masalahnya wujud juga manusia begini mengganggu gugat. Pada saya inilah ujian dalam hidup ini berurusan dengan manusia begini. Pengajaran pada yang masih hidup tentang betapa pentingnya kejujuran dan ketelusan terhadap harta benda semasa hayat di dunia.
Urusan saya setiap hari FULL dari pagi hingga tutup mata. Para ibu, bekerja ataupun tidak pasti memahami bila saya kata FULL. Alhamdulillah kerana Allah beri kesibukan begitu supaya saya kurang memikirkan perkara remeh temeh dan tidak perlu. Bak kata Prof. Muhaya, kita perlu selektif dalam apa yang kita perlu fikir, tonton dan dengar. Semoga kita menjadi hamba-Nya yang terpilih. Fokus pada apa tujuan hidup kita - Alam Akhirat, Insya-Allah dunia terjamin.
:)
1 comment:
checked. :) punye lama tak komen
Post a Comment