Pages

11 March 2013

Kerja Isnin

Bismillah wa salam..

Isnin memang letih nak kerja. Keletihan weekend dikumpulkan ke hari Isnin sebab biasa waktu weekend rasa biasa saja.. duduk dengan anak-anak memang letih tapi gelagat mereka kadang-kadang tak sempat fikir penat. Hanya isyarat badan yang lemau jer baru sedar diri ni dalam kepenatan.

Sudah beberapa semester.. kelas saya akan bermula Isnin pukul 8.. dan kelas akhir Jumaat sehingga pukul 5. Macam sudah jadi trademark saya pulak. Jadi, awal semester ini, saya mendapat jadual yang agak cantik.. Isnin mula pukul 9 (in fact tak ada kelas yang bermula pukul 8), cuma Jumaat berakhir pukul 6. Saya agak hairan pandai sungguh software tu generate jadual saya sampai macam tu sekali hampir setiap semester. Saya juga agak hairan bila lihat jadual orang lain cantik-cantik belaka, tetapi positivekan diri.. kita lihat jadual orang yang lebih dahsyat.. maka kurang sikit rasa naik hairan tu.

Tetapi, masuk minggu ke dua.. jadual saya diubah kwang kwang kwang.. ini first time jadual saya diubah oleh pihak pentadbiran bukan sebab saya dan pelajar yang ubah. Maka saya dapat kelas pukul 8 hari Rabu.. ehh.. direct sebenarnya.. 8-10, 10-12. Isnin still pukul 9, Jumaat still sampai 6. Tetapi.. kelas Isnin tu ada pula pelajar yang clash dengan kelasnya yang lain yang bermula pukul 10. Maka kelas Isnin saya terpaksa dianjakkan pukul 8. Dan kelas Jumaat kami naikkan sejam, maka berakhir pukul 5. Jadilah sebagaimana trademark asal saya.. Isnin mula pukul 8, Jumaat berakhir pukul 5.

Motivasi ke kerja hari Isnin? Yeay kelas 8-10 sahaja.. lepas tu saya boleh buat kerja secara bebas.. hihi..

Selamat bekerja semua.. Kerja dengan niat kerana Allah.. :)

No comments: