Bismillah wa salam..
Saya ingin mencatatkan kejadian hari ini.
Saya mempunyai 9 adik beradik, dan saya anak sulung. Di bawah saya ada 4 adik lelaki dan 4 adik perempuan. Memang saya seorang kakak yang garang, tetapi garang saya memang bersebab. Cuma apabila saya telah bekerja dan berumahtangga, banyak masa saya ditumpukan kepada kerja, suami dan kini anak-anak yang meningkat usianya dari tahun ke tahun. Adik-adik saya juga semakin dewasa dan ada yang telah berumahtangga.
Oleh kerana anak sulung, maka anak-anak saya mempunyai ibu-ibu saudara dan bapa-bapa saudara yang sangat rela menjaga (bila saya pulang ke kampung) dan bermain dengan mereka. Di kalangan adik-adik saya, ada seorang yang sangat222222 anak-anak saudara (termasuklah anak adik saya) sayang iaitu Mak Na. Ini adalah adik perempuan saya yang ke 7. Secara fizikalnya dan secara perbuatannya, Mak Na ni garang dan tegas dengan anak-anak saudaranya. CUMA dia menjaga mereka dengan penuh kasih sayang, bermula dari mandi, buat susu, bagi makan, main.. pendek kata dia akan spend time sepenuhnya dengan anak-anak saudara bila mereka berjumpa. Maka, memang dia menjadi rebutan semua budak-budak berbanding dengan adik-adik saya yang lain. Dan, orang yang paling rapat dengan Mak Na adalah Rifaie.
Hari ini, Mak Na akan dioperate. Adik saya ini mempunyai ketumbuhan di buah dadanya dan semakin hari makin membesar. Maka doktor memang tidak mahu tunggu lagi dan dia perlu dioperate secepat mungkin. Setakat jam ini (semasa saya menulis ini) masih belum lagi dijalankan pembedahan, sedang menunggu turn. Semoga segalanya selamat dan berjalan lancar. Saya dan adik beradik yang lain tidak menunggu di hospital kerana memikirkan crowded yang akan berlaku dengan anak-anak, dan bayangkan adik beradik kami yang besar-besar belaka. Emak juga tidak sihat dan esok juga ada appointment di hospital yang sama, jadi yang pergi dan menunggu Mak Na hanya Emak dan Ayah saya sahaja.
Semoga segalanya selamat, dan dipermudahkan. InsyaAllah.
4 comments:
as salam kak banun, semoga adik akak selamat menjalani pembedahan. amin yra.
ye Ziha.. Alhamdulillah dah selamat semua..
alhamdulillah, semoga cepat baik ya.
Post a Comment