Bismillah wa salam..
Alhamdulillah sudah Ramadhan ke-16.
Setakat hari ini saya masih memasak setiap hari untuk berbuka dengan lauk yang simple saja. Lauk yang disukai oleh tekak suami, anak-anak dan saya. Owh.. saya bukanlah rajin ngat nak masak 2,3 jenis.
Biasa tanya en suami nak makan apa, jawapan standard "apa-apa je lah.. Abang makan semua." Tanya anak pulak, kalau 'Alawi "Haaa.. nak mee kari." Aisyah pulak biasa blurrr.. dia tukang makan jer. Dah dua kali saya masak mee kari. Makanan favourite 'Alawi. Dulu-dulu saya rajin ikut resepi Emak saya tak guna rempah kari tapi kena gabung rempah ratus untuk mendapatkan rasa kari tu. Tapi sekarang, saya guna resepi yang ada rempah kari. Bukan malas, cuma nak memudahkan dan mempercepatkan kerja. Adakala tak cukup bahan pun tapi dah nama "kari", janji ada rempah yang sedap dan tumisan yang cukup garing dah sedap dah.. hahahah. Ok.. bukan nak bagi resepi sebab takde gambar kann. Saja cerita jer.
Bila dah macam tu, maka baiklah saya masak ikut sukahati saya je. Sehari saya just masak satu lauk ada kuah, satu lauk kering dan sayur (biasa ulam salad, timun atau tomato atau gabung). Sudah. Simple tapi masing-masing makan bertambah. Kot orang lain dah biasa makan penuh meja memang tak seleralah tengok makanan kami yang tak fancy ni. Tapi en suami dah ajar saya camni.. dari awal kahwin. Saya sebenarnya dari keluarga yang jenis makan besar.. maksudnya segala tok nenek lauk ada atas meja. Emak saya memang suka masak ikut apa anak request. Bayangkan kami 9 beradik request macam-macam, separuh Emak buat, separuh lagi esok pulak. Tapi en suami jenis makan simple. Dan, berbuka puasa mesti makan nasi. Kalau tak pun (contoh kot masak mee kari), sahur mesti ada nasi. Masa awal kahwin memang jenuh nak sesuaikan diri. Saya pulak biasa makan kot nak mee sup ke, kue tiaw ke (apa-apa yang selain nasi), tapi en suami nak nasi. Saya masak lauk 2,3 jenis, en suami makan sejenis jer.. yang lain kot kering dia makan, kot sama-sama berkuah tak diusik. Haaa.. gitu. Lama-lama dah biasa, saya pulak terikut simple. Eh! Kan senang tuh! Kekekekek.
Tahun ni, Khadijah pun dah besar sikit, jadi saya boleh bertenang sikit.. Cuma en suami kena jaga dia lah.. biasa bawak jalan-jalan. Dah masak simple, so tak ambil masa lama pun. Sayur saya jarang masak lah.. tak berusik. Tu yang hidang ulam je sebab saya memang suka ulam. Jadi senang sikit. Kot nak tambah kuih, en suami beli. Air memang beli ikut turn citarasa anak-anak. Saya cakap sekali je, air beli sehari sejenis, ikut turn antara 'Alawi, Aisyah dan Rifaie. Diorang atur sendiri turn. 'Alawi kan dah pandai control. Saya biarkan jer. Tapi ada harinya tengok beli 2 jenis, ni mesti ada yang tak nak mengalah. Memang tak nak ajar minum air berbeli, tapi dah budak-budak tu puasa.. bagi chance.
Sahur pulak hari-hari nasi. Biasa saya akan masak lebih sikit time berbuka bagi lauk berkuah. Jadi boleh simpan panaskan untuk sahur. Pagi cuma tambah telur goreng ke, ayam goreng ker.. apa-apa lah yang ada. Jangan tak percaya, 'Alawi makan bertambah time sahur. Aisyah tak bertambah, tapi nasi boleh habis sepinggan. Setakat hari ni, ALhamdulillah masih dalam kawalan. Sekali je kot saya sedar lambat, orang tengah mengaji. Masa tu pulak weekend dan dah plan nak beli baju raya. Melompat bangun basuh muka terus makan nasi dengan lauk sejuk. Minum air, tak makan kurma sebab takut tak sempat bilas mulut. En suami makan kurma ngan air masak jer. Maka, hari tu (Ahad) 'Alawi dan Aisyah dicutikan dari puasa. Takut ada yang pengsan di mall satgi. Tu lah sekali. Hari-hari lain dalam kawalan.
Oklah.. panjang kannnn... hahahahha. Dah namanya mak mak.. cam ni ler..
Selamat berbuka puasa :)
No comments:
Post a Comment