Pages

26 July 2013

Kari

Bismillah wa salam..

Saya memang dilahirkan dan dibesarkan di Pahang. Namun, Emak saya berasal dari Perak. Ayah kepada Emak (kami panggil Wan) adalah orang Perak tetapi emak kepada Emak saya (kami panggil Tok) adalah rakyat Penang. Wan dan Tok telah berpindah (meneroka) ke Pahang semasa Emak saya masih kecil, namun dek kerana zaman dulu tanah diteroka dan menjadi hak sendiri, maka sekeliling rumah merupakan adik beradik Tok. Perpindahan beramai-ramai bagi mencari rezeki. Jadi, walaupun berada di Pahang tetapi terasa seperti berada di utara sebab semua pakat duk cakap utagha. Emak saya pandai dan fasih berbahasa utara tetapi tidak kami adik beradik. Kesian sungguh.. hahah.

Satu makanan yang sinonim dengan utara adalah kari. Emak saya adalah peminat tegar kari. Walau jika mengikut keadaan kesihatan Emak sekarang, amatlah tidak boleh menjamah kari, tetapi sesekali saya lihat Emak laju je makan nasi dan kari. Terutamanya bila kami yang duduk di tempat lain ni sesekala balik kampung. Emak kadang-kadang ambil kesempatan masak kari kononnya anaknya nak makan. Apa-apalah..

Saya memang belajar masak kari dengan Emak. Rasa kari utara ni lain sikit dengan kari lain. Dan saya rasa resepi setiap individu pun berbeza. Jika di sini, memang tak ada saya jumpa kari yang rasanya sama atau sipi-sipi dengan yang biasa saya makan, kebanyakannya ada sikit manisss.. Maka, nak ikut citarasa sendiri sila masak sendiri.

Tetapi, kari kegemaran saya adalah masakan arwah Tok saya. Rumah saya dan rumah Tok dekat je maka bila balik ke rumah Tok atau bertandang sekejap, pasti kami tuju gerobok lauk dulu. Selalunya (dan memang tak pernah tak ada pun) pasti ada kari. Tok tak panggil kari tapi panggil gulai. Tapi cucu-cucu dia perasan bandar maka kami panggil kari. Kari Tok biasa kari ikan. Apa-apa ikan semua dikarikan. Karinya pekat, rempahnya secukup rasa. Rasa yang sama setiap kali makan. Itulah air tangan orang dulu, dah itu dimasaknya hari-hari maka hasilnya memang consistent. Saya tak tahu nak describe, tapi rasanya masih lekat dalam ingatan. Saya ada juga belajar masa-masa cuti semester dulu, tapi tak practise, maka memang tak terbuatlah dan tak ingat step pun. Bila kahwin, en suami pun tak suka kari, maka ilmu terkubur begitu saja. Bila rasa nak makan, balik kampung request Emak masak, jadilah saya ni tak masak kari. Kari Tok terbaikkkk sampai sekarang. Bila tanya Emak kenapa tak buat kari macam Tok (kari Emak saya cair sikit), jawapannya sebab Ayah saya tak suka. Lagipun saya rasa Emak pun macam saya, bila rasa nak makan jer balik kampung.. hahahah.

Namun, kari Tok hanya tinggal kenangan. Rasa dan aromanya masih dalam ingatan saya, kerana betapa saya sukakan kari Tok. Al-Fatihah untuk arwah yang telah 3 tahun pergi menemuni pencipta-Nya. Sesungguhnya tiada yang kekal abadi di dunia ini.

Baiklah. Mari kita lihat generasi sekarang. Dah macam teks sejarah dah entry saya. Kata tak nak rosakkan bahasa ibunda. Adeh.

'Alawi sangat-sangat sukakan kari. Hirup kuah kari macam hirup kuah sup. Tapi tak adalah saya masak kari hari-hari. Dan, magicnya, en suami makin hari makin suka pulak kari. Maka, saya pun belajar semula dengan Emak. Bukanlah belajar beria-ia, cuma lihat semula step dengan bersungguh-sungguh hehehhehe. Ayat yang paling saya ingat "tumisan kari mesti betul-betul garing dan pecah minyak baru masuk santan". Haaaaa.. maka beberapa kali practise bolehlah.. bolehlah syok sendiri makan. Bahan kadang-kadang tak cukup pun, tapi saya hentam je lah..

Buka puasa hari ke 16 - simple sebab en suami ada majlis iftar. Kari. Ulam. Bubur lambuk.

Semalam masak kari. Kari ikan merah. Ikut citarasa sendiri memanglah pada saya sedap. Anak-anak dan suami suka dah cukup pada saya. Tapi bagi orang lain mungkin tidak. Bubur lambuk tu en suami bawak balik. Syukur, itupun bubur lambuk tak habis. Simpan sahur pun tak bermakan, sebab tu saya tak masak banyak-banyak.

Puasa memang bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Bukan juga sekadar fikir nak makan apa? Cuma ada nostalgia dalam setiap makanan yang mengingatkan saya pada individu tertentu. Biasanya individu yang dekat di hati. Saya nak abadikan resepi yang saya belajar dari emak di sini.

Resepi kari Emak 

Bahan: Agak-agak

Bawang merah - mayang
Bawang putih - mayang
Halia - Hiris
Daun kari.
Lada kering (rebus/rendam air panas-blend)
Halba (sikit-jika masak ikan)
Penumis (Kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih etc)
Rempah kari (bancuh dengan sedikit air, jadikan pes)
Ikan/Ayam/Daging
Santan
Asam jawa (ikan)
Bendi/Tomato/Terung/Apa-apa yang sesuai.
Minyak untuk menumis
Garam
Gula (kalau nak)

Cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan penumis dan halba (ikan). Biar sebentar.
2. Masukkan bawang-bawang dan halia. Masuk juga daun kari. Tumis hingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan lada kering blend dan biar hingga pecah minyak. Kacau sesekala dan api mesti kecil.
4. Bila dah pecah minyak (garing), campurkan pes rempah kari tadi. Kacau sesekala dengan api kecil. Biar hingga garing. (Jika Emak saya, dia akan masukkan sikit santan pekat sekali dengan rempah kari, sikittt je. Tapi saya jarang buat sebab baru terhegeh-hegeh sediakan santan).
* Jika masak ikan, style Emak saya, masa perah santan campur sekali dengan asam jawa. Kira perah sekali dengan asam jawa tu. Style saya pulak, saya akan masukkan asam jawa dalam santan yang siap diperah. Kira kami tak sediakan air asam jawa asing. Semua masuk dalam santan.
5. Bila rempah dah garing masukkan santan (beserta asam jawa jika masak ikan) dan kacau. Biar mendidih, pecah minyak kalau boleh. Rajin kacau haa.. kot tak santan berketul tak tau haa..
6. Masukkan ikan/ayam/daging. Masak sehingga elok. Daging memang lama sikit nak bagi empuk.
7. Masuk sayuran (biasa kalau masak ikan, sekalikan je dengan ikan).
8. Perasakan dengan garam. Ada yang suka letak secubit gula tapi saya jarang letak. Selalunya tak teringat.
9. Bila dah semua masak molek, siap.

Nampak macam leceh, tapi dalam senggang masa nak tunggu rempah garing, santan pecah tu boleh buat macam-macam benda. :)

No comments: