Melihat isu ummat Islam dunia dari kaca mata kecil ini. Dari isu Palestin, Syria dan terkini Mesir.. malah sebenarnya jika menolak trend isu semasa, hampir seluruh pelosok dunia termasuk Selatan Thai, China dan lain-lain.. Cuma bila isu Mesir besar, Syria jadi senyap seketika dan begitulah.. Maka, jika mahu berjihad ke sana tidak mampu, marilah kita berdoa bersungguh-sungguh supaya berakhirnya perbalahan ummat Islam dan Islam akan gemilang di seluruh dunia. Aamiin.. Bukan secara bermusim dan berkala, namun setiap hari, InsyaAllah..
Baiklah. Mari kita lihat sekeliling kita. Jika kita berasa selesa dengan kehidupan kita, ketahuilah bahawa hapuskanlah rasa selesa itu dengan rasa berjaga-jaga. Saya juga ingatkan diri sendiri ni. Kerana beberapa berita dan cerita yang saya terima mengenai orang-orang terdekat sangat membuatkan saya rasa betapa segalanya adalah milik Allah.. dan segala-galanya adalah di bawah kekuasaan Allah. Kembalilah ke jalan Allah dan bawalah keluarga serta anak-anak ke JALAN ALLAH. Ingat! anak-anak adalah amanah Allah! Para ibu bapa, DOA, DOA, DOA setelah usaha adalah senjata paling ampuh! Berdoalah supaya anak-anak kita sentiasa berada di jalan Allah. Pertamanya SOLAT mesti di jaga. RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN mesti diterapkan. MENUTUP AURAT mesti ditekankan. Tidak timbul isu "aku tak tutup aurat lagi baik dari yang bertudung" sekiranya kita faham apa itu ISLAM! Dirangkulkan semua, kita perlu sentiasa berada di JALAN ALLAH!
Tidak pernah saya tulis entry sebegini. Namun, ketahuilah.. dalam membesarkan anak, pelbagai perkara yang saya cuba. Pertama saya belajar didik diri sendiri supaya tidak membatasi suami. Mungkin mudah bagi orang lain tetapi sangat sukar bagi saya yang memang suka melawan ni (baru-baru ni saya dapat control sikit.). Kedua, saya cuba berlaku adil pada ibu bapa saya dan ibu bapa mertua. Siap kira hari balik kampung. Susah sebab rumah ibu mertua tak sama seperti rumah ibu sendiri. Kemudian sedikit demi sedikit saya cuba perbaiki diri.. dan alhamdulillah, perkembangan selepas Ramadhan 1434, setakat ini saya tidak berniat untuk makan di kedai. Baik sarapan, lunch dan dinner saya cuba masak walau makanan yang aaaamaaaaat simple. Dan beberapa hari kerja ni dapat lah bawa bekal. Lauk simple contoh hari ni cuma ikan kembung masak kicap hehehehheheheh.
Mungkin pada orang lain ellllleeeehhhhhh.. tu kitorang dah buat laaamaaaa dah.. Tapi pada saya berdikit-dikit tu yang penting. Bukan senang nak ubah perkara yang dah sebati dalam diri sekian lama. Itulah.. setelah melakukan sedikit perubahan, maka saya lihat ada perubahan pada perwatakan anak-anak dan pembelajaran anak-anak. Bila kurang lawan suami, anak-anak saya juga jadi mendengar kata. Bila kita hormat ibu bapa, anak-anak juga menghormati kita. What you give you gave back.
Kenapa saya bercakap tentang ini? Macam yang saya kata tadi, berita saudara-saudara terdekat membuatkan saya berfikir dan berfikir. Bila dilihat punca (bukan untuk mencari salah sesiapa ye, cuma mahu jadikan pengajaran), sesungguhnya kita perlu kembali ke JALAN ALLAH. Siapa tidak mahu anak-anak berjaya sehingga ke pendidikan tertinggi kan? Namun, jangan lupa, didiklah mereka supaya mencintai Allah lebih dari yang lain. Apa-apa yang dibuat hatta sekecil hal mandi dan gosok gigi pun, biarlah kerana Allah. Tiada "sikit-sikit" dalam melaksanakan Islam. Laksanakannya secara keseluruhan.
Dan saya masih ingat lagi pesan Sheikh As-Syarif Al-Imam Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani (klik sini untuk biodata), pesanan ini adalah pesanan pertama dalam memulakan ceramahnya di Masjid UTHM, "hendaklah kamu sentiasa berada bersama anak-anakmu". Maksudnya (setelah diterangkan oleh en suami), kita mesti selalu mengawasi dan berpesan-pesan dengan anak-anak kita dari segi agama, akhlak dan gaya hidup mereka hatta sehingga mereka sudah berumah tangga sekalipun malah sehingga akhir hayat kita. Jangan putus asa dan jangan sesekali lepas tangan pada orang lain kerana ANAK-ANAK ADALAH AMANAH ALLAH untuk kita. Cegah sebelum berlaku apa-apa yang tidak baik. Kisah orang-orang terdekat saya itu bukan berlaku sewaktu mereka muda, malah telahpun berkeluarga.. Tidak boleh diceritakan, namun saya cuma mahu tulis pengajarannya.. Ini membenarkan pesanan Sheikh Yusuf tersebut.
Bagaimanapun, jika kita telah berusaha, berdoa, namun berlaku juga yang tidak baik.. BERBAIK SANGKA lah dengan Allah.. Allah menguji hambaNya dalam pelbagai cara.
Wallahua'lam..
Salam Aidilfitri.
1 comment:
thanks atas perkongsian ilmu tu. sgt bermanafaat. kadang2 benda yg jd sekeliling kita, sepatutnya dijadikan iktibar. bukan bile dah terkena btg hidung baru nak mengaduh. mcm isu mesir, syria palestin..sungguh bile berdoa terbayangkan kanak2 seusia anak2 kita jd mangsa, meleleh2 air mata. masa tu mmg sungguh2 niat moga Allah bg bantuan yg tak terdaya oleh kita. moga doa2 ini diangkat dan dimakbulknNya
Post a Comment