Wah!! Tajuk! Tak hingat! :P
Dulu, bila nampak kedai buku, punyalah seronok! Saya suka beli buku dan suka membaca juga. Especially novel dan buku-buku motivasi yang tak skema. Masa sekolah, duit memang hanya cukup untuk makan.. biasiswa tak dapat, jadi saya pinjam buku library saja, atau pinjam dengan kawan. Di universiti, bila dapat PTPTN, pasti ada buku yang saya beli. Saya kurang beli novel, tapi masa tu saya banyak beli majalah kartun macam Ujang, Lanun, Apo?.. Gila-Gila saya tak minat. Saya suka majalah kartun yang tiga tu sebab agak islamik lawak-lawaknya, dan ada isi.
Bila dah kerja, hobi membaca saya berkembang. Tapi saya dah agak kurang membaca majalah kartun dan beralih kepada majalah orang dewasa. Mula juga kumpul novel. Membaca waktu di rumah, sebelum tidur, atau weekend.. mana yang sempat. Bila dah kahwin, pun sama.. susah nak berhenti membaca sebab saya memang suka. Saya membaca bukanlah buku ilmiah bebenor.. sebab saya membaca waktu senggang dan lapang. Walau dah ada anak pun, saya still membaca dan beli buku, cuma makin berusia ni, genre saya lebih kepada buku motivasi, islamik, pembangunan diri dan keluarga, travelog.. ala-ala macam tu lah.. dah lama tak beli novel, kadang-kadang rasa rindu juga nak baca novel..
CUMA.. kini.. hmmmmm.. saya dah lama tak konsisten membaca. Dulu-dulu, masa nyusu anak pasti saya pegang buku membaca. Sekarang? Sambil nyusu sambil pegang handphone.. saya still membaca cuma melalui handphone. Reading blog, google apa-apa yang nak tahu.. hei! mengemas rumah pun ada blog ok! Check here.. http://mengemasrumah.blogspot.com/. Hahaha.. saya banyak juga ambil inspirasi dari situ, dan sambil-sambil compare dengan apa yang saya biasa buat. Mana yang rasa boleh ubah tu, saya ubah tahap kebersihan dan kekemasan.. Tapi saya tak ler habis khatam blog tu pun.. letihlah jika semua perkara nak buat ada manual. Ada dalam hidup ni perlu hemtamness dan ikut sukaness jugak kot.. kot tak jadi robot :D
Saya masih ada beberapa buku yang belum dibaca. Plastik dah buka (jadi habit, beli buku terus buka plastik), tetapi belum baca. Ada buku yang dibaca separuh belum habis-habis. Bukunya bagus.. tapi disiplin saya yang tak bagus.. Ada buku yang saya bawa ke hulu ke hilir dalam handbag, belum habis-habis pun. Rasa tak seronok (sebab tu keluar entry ni) sebab biasanya saya akan habiskan baca buku-buku saya sebab ia salah satu sumber knowledge.
Semalam, lalu depan Popular Book Store. Laaamaaaa dah tak shopping buku sebab setiap kali nak masuk kedai buku, pasti teringat buku-buku best yang saya belum baca pun! Huhuhu.. Tak macam dulu, sekarang nampak kedai buku, terus teringat buku-buku yang ditinggalkan kat rumah. Ada bagusnya.. sebab duit tak habis. Tapi, bila kurang membaca dan harap online info yang kesahihannya boleh diragui (adakala lack of good info punn), rasa mana hilang hobi ku tu? Owh.. hobi membaca masih ada cuma hobi membaca buku dah surut.. Lagipun lebih senang baca melalui handphone sebab mudah pegang. Tapi tak boleh jadi ni!!!
![]() |
| Credit to http://girlswithbook.blogspot.com |

2 comments:
ban, aku mmg igt kartun2 yg ko beli tu,mmg xmiss tiap bln kan..dan aku plak xmiss pinjam..hehehe...lg satu,aku igt ko ske beli majalah nona/wanita kan
majalah kartun tu dah kena bakarrrr semua masa kemas rumah nak kahwin dulu.. haha..
Rugi pulak, sebab kot tak boleh bg anak-anak baca..
Post a Comment