Pages

11 September 2013

Mengajar

Bismillah wa salam..

Mula lagi semester baru. 10 tahun kerja, semester silih berganti, kursus diajar juga silih berganti. Semester ni paling menarik, saya tahu mengajar satu kursus tu 2 minggu sebelum buka kuliah (kerana ada beberapa masalah). Kemudian, pada hari pertama Isnin 9.9 pukul 9, saya diberi satu lagi kursus lain untuk diambil. Kira semester ini, semuanya last minute bagi saya. Blog PnP pun saya baru bersihkan dari sisa-sisa semester lepas pada Jumaat lalu.

Alhamdulillah, semua ada hikmahNya. Alhamdulillah, susah payah saya sediakan nota powerpoint, ambil sahaja apa juga kursus yang diminta ajar pada awal-awal kerja dulu membuatkan saya lebih mudah kini. Apa jua kursus yang di assign, saya sudah ada nota, tutorial dan soalan cuma perlu ditambah baik dan dirombak mengikut silibus terkini. Bukan senang dulu.. :)

Bagaimanapun, saya perlu study juga kerana kedua-dua kursus ini sudah lama tidak saya ajar. Ada yang last ajar tahun 2011. Hmmmm..

Credit: http://coretan377.blogspot.com

Saya bermula dengan tiada minat mengajar.

Semakin lama, saya baiki cara penyampaian dan preparation mengikut komen pelajar dalam penilaian pensyarah. Ada pensyarah yang tidak suka dinilai, tetapi pada saya sebagai seorang yang tidak pernah belajar teori pendidikan, komen dan ulasan mereka sangat membantu. Tiada kritikan yang sinis, yang ada adalah kritikan membina.

Alhamdulillah, kini saya semakin serasi dengan bidang ini. Dulu komen lebih kepada membina kerjaya saya, kini komen pelajar memang saya suka baca kerana sangat memberi motivasi dan semangat untuk benar-benar 'mengajar'.

Satu sahaja yang sama dari dulu hingga kini, saya masih blur teori pendidikan.. hihihihi. Saya guna teori sendiri, sampaikanlah ilmu dengan gembira dan dari hati.. semoga yang menerima itu juga dari hati. Tidak sesekali berasa lebih dari orang lain walaupun pelajar sendiri, kerana mereka ada kelebihan masing-masing yang memungkinkan lebih berharga di sisi Allah..:)

No comments: