Pages

28 October 2013

Sampah

Bismillah wa salam..

Masa duduk di rumah sendiri dulu, duduk taman kan.. sampah memang kena letak di belakang rumah. Jadi, kena berharap lebih lori sampah tu kerap datang kutip sebab kalau lama, terbiar jer.. busuk kan. Bila dah biasa, lama-lama dah boleh baca jadual lori sampah. Rajin juga diorang (dah jadualnya gitu kot) datang kutip. Cuma, bila weekend atau cuti umum kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Jadi, kami beli tong sampah tambahan.. sebab ialah, 3 anak (masa tu lah) dengan pampersnya, dengan macam-macam sampah sarapnya, sampah makanan lagi.. 2 hari memang tak cukup satu tong besar.. Gitu.. jadi, kemas sikitlah kan .Walau belakang rumah, tapi berdepan dengan tingkap dapur.. jadi, mata boleh access dan selerak-selerak ni boleh bikin hangin.. kekkeke..

Source: Google
Bila pindah rumah staf, tong sampah depan rumah. Awal-awal macam tak biasa, biarkan je sampah, esoknya cleaner akan datang kutip bawa turun. Weekend, memang tak ada orang. Jadi, sampah yang bahan-bahan basah lepas siang lauk (ikan, udang, ayam etc) akan membusuk sampai Isnin. Tambah lagi pampers anak-anak kan. Dahlah busuk, penuh pulak tu.. hihi. Tapi yang ni sebab duduk luar rumah (depan pintu) dan mata saya tak nampak, jadi.. takdelah rasa sakit hati. Weekend saya jarang keluar rumah.. kalau keluar pun gi jalan mana-mana, lalu jer.. tak perasan tong sampah. Masuk rumah, tutup pintu.. lupa keadaan kat luar macam mana. Hahah..

TAPI.. bab bau-bauan ni en suami allergic sikit. Jadi, dia decide beli plastik hitam, maka bermulalah kerja baru untuk en suami iaitu hantar sampah ke tong besar di bawah. Lama juga kami amalkan macam tu. Mula-mula sebab en suami rimas sampah busuk dan penuh (especially weekend). Lama-lama,bila dah biasa timbul rasa kesian pada cleaner yang terpaksa angkut sampah setiap rumah tiap pagi. Tambah-tambah bila pekerja dikurangkan.. hmmmm.. tu yang en suami volunteer angkat sampah sendiri. Pagi, mereka cuma tukar plastik hitam jer. Jika weekend, kami guna plastik hitam sendiri jer.. Bila macam ni.. tong sampah kami sentiasa kosong! Heheh..

TETAPI.. jeng.. jeng.. bila tong kami kosongada pulak lah yang bijak bestari.. Berjiran dengan orang-orang yang dikenali je kot. tapi ada yang senang hati tumpang sampah dalam tong kami. Aiyarkkk!! Dah beberapa kali berlaku macam ni. Especially weekend. Ye lah.. masing-masing tong sampah penuh. Tengok tong sampah kami kosongditumpangnya. Pagi tadi en suami bukan main mengamuk bila nak masukkan sampah dari bilik air dan dapur.. tengok tong berisi (semalam pagi dah kosongkan). Pening dengar orang lelaki ni membebel.. hihi.. sesekala marah, memang dia marah betullah tu. Bukan apa, dah lama sabar.. Sebab en suami yang angkut sampah tu kot.. Macam "Eh kenapalah kau malas sangat nak bawak sampah tu ke bawah yang main baling dalam tong orang lain?".. ha tu lah perasaannya. Habis terpaksa dengar tazkirah adab berjiran pagi tadi.

Jadi solutionnya, saya bagi kertas dan marker.. sertakan juga double side tape.. mintak en suami tulis notes supaya tak ada sesiapa yang buang sesuka hati dalam tong kami. Walau jika fikir, alaaaaa.. tong sampah je punnnnn.. apalah salah tolong orang lain. Benda remeh, tapi memberi kesan dalam perhubungan sesama jiran jika dibiarkan. Lagipun, selain dari kurangkan gula untuk kesihatan, kena aktif-aktifkan diri juga untuk sihat tak gitu? Hehehhehe..

No comments: