Pages

20 November 2013

Err.. random ramblings..

Bismillah wa salam..

Fuhhhhh.. baru boleh bernafas sikit. Senyum je lah dengan kekalutan semenjak dua menjak ni.

Khadijah sakit

Tiba-tiba muntah dan cirit birit. Nice. Rabu lepas, en suami ke Port Dickson (petang), malam tu dalam pukul 12 tgh malam, Khadijah terbangun dan muntah. Lepas tu cek tengok berak pulak.. cair.. dah settlekan, tido.. pukul 1 pagi, bangun lagi, berak lagi.. kul 2, then kul 3.. lepas tu saya terus berjaga untuk masak sarapan, masak tengahhari dan sediakan anak ke sekolah.. Alhamdulillah pukul 4-6 tu dia tidur dan tak meragam sangat.. Yang kalutnya, en suami takdak.. semua kena handle sendiri.. bukan anje-anje yer.. tapi sebab saya ni ada 2 tangan jer.. huhuhu.

Bila Khadijah bangun, muntah lagi dan ada sikit cirit.. 'Alawi dan Aisyah dah turun bawah untuk tumpang jiran, sarapan dah ada, nasi dan lauk tengahhari pun dah ada.. call en suami, minta balik awal jika boleh, pagi tu saya bawa dia ke klinik dulu.. Rifaie pun join sekaki tak ke taska.

Actually, pagi tu saya perlu present proposal untuk mohon cuti belajar. Lama dah postpone.. Ingat nak buat masa midterm break hari tu.. (7hb Nov) tapi penilai kena denggi pulak. Tunda next weeknya (13hb), clash dengan meeting fakulti. Tu yang nak buat 14hb tapi Khadijah pulak sakit. Saya perlu pilih antara diri saya dan anak.. rasanya semua ibu akan pilih anak kot.. :) No regret. Sebab, en suami takde.. kalau tak, memang en suami boleh jaga dan saya boleh buat presentation.

Sakit berlarutan hingga semalam. 2 kali ke klinik, 3 kali bawa urut. Last semalam kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. Itu ikhtiar akhir.. jika tak baik juga kami bawa ke hospital. Saya selalu lupa nak ke klinik pakar ni. Teringat dulu, Khadijah batuk dan demam tak baik-baik. Berkali gi klinik sampai dia lembik. Penyudah pergi pakar dan dia terus ok. Kali ni, lepas bawa pakar Alhamdulillah.. dah ok. Kalau tak, lembik tak bermaya dengan saya-saya sekali kalut susah hati.. Hopefully akan terus sihatlah hendaknya anak saya ni..

'Alawi berkhatan

Dalam pada ke klinik bawa Khadijah, Dr ada bagitau kekosongan untuk khatan pada 19 Nov. Saya bagitau en suami, terus dia booking tempat. Segalanya berlaku pantas. Sabtu (16hb) baru booking.. 19hb tu dah nak di'sunat'kan.. hahahahhaha. Kegilaan apa ini? Ok, dalam pada Khadijah sakit, saya kalut pulak nak fikir preparation untuk 'Alawi. Penyudahnya, setelah menggunakan pak cik google, petang isnin baru sibuk beli kain pelikat dan cari ikan haruan. Kain pelikat tu pulak en suami beli 1 jer.. kekekekekkeke. Lepas tu nyesal. Malas nak bising, suh beli lebih tak nak.. en suami terpaksa gadaikan kain pelikat dia yg lama-lama.. saya dah tak kuasa nak gi Parit Raja beli..

Alhamdulillah.. walaupun anak saya ni tak tahan sakit, nangis masa nak khatan (saya tak gi pun klinik, en suami yang cerita), nangis sepanjang malam sebab ubat bius dah habis.. tapi pagi ni tengok dah ok sikit. Serrammmm tengok.. keh.. keh.. Pagi tadi saya dah masakkan sup ikan haruan. Pandai-pandailah hendaknya ayahnya nak bagi.. Hari ni je makan ikan haruan.. esok-esok tak boleh. Tak boleh berlebihan..

Cerita pasal ikan haruan, actually saya geliiiii tengok kepalanya. Eiiii.. Mujur juga kedai tu dah siap siangkan. Masa nak basuh tu, saya pegang kepala terus tercampak ikan tu. Eiiiii.. Tapi, nak buang sayang sebab ada isi. Jadi saya psiko mind menyatakan itu adalah ikan, bukan tutttttt. Alhamdulillah.. dapat buang insang, basuh macam biasa.. fuhhhh..

*****

Banyak kerja tertunda sebenarnya. Paper kuiz dan assignment dan CQI nak kena tanda. Isnin baru ni, baru sudah test 2 salah satu subjek. Pun belum usik lagi.. Tapi nakkkk jugak update blog. Pang sedas!

Pencapaian tahun ini untuk anak-anak saya:
1. 'Alawi dapat cemerlang subjek Sains, Pendidikan Islam dan Muzik (kah.. kah..). Alhamdulillah, dapatlah naik pentas.
2. Aisyah dapat cemerlang Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.. pun dapat naik pentas.
3. Keputusan tak rasmi (sebab cikgu cakap mulut, report card tak dapat): 'Alawi dapat no 1 sekolah agama untuk exam akhir tahun. Meningkat juga dari no 3 masa setengah tahun. Bagaimanapun performance dari segi markah tak tau sebab tak dapat report card kan.
4. Keputusan tak rasmi (pun sebab cikgu cakap mulut, report card tak dapat): Aisyah dapat no 9 sekolah agama. Walau menurun dari no 7 masa setengah tahun, tapi pada kami asalkan dia faham apa yang dia belajar dah syukur. Silibus sekolah agama Johor bukan senang! Saya dan en suami pun terpaksa sama-sama belajar semula.. nampak ngatttt ilmu tu amatlah kurangnya..

Apa-apa pun saya bersyukur. Walau anak-akan saya dapat cemerlang dalam kategori kelas kedua pun saya syukur. Saya selalu cakap dengan anak-anak saya bahawa saya tak kisah dia tak dapat cemerlang pun, tapi saya cuma nak dia bentuk disiplin diri. Solat tak tinggal. Mengaji konsisten. Hormat ibu bapa, orang tua, guru dan rakan-rakan. Disiplin dalam menghadiri sekolah (demam terukkk sangat barulah boleh tak sekolah). Disiplin dalam menyiapkan kerja sekolah. Walau saya hantar tuition, bukan sebab nak bagi dapat cemerlang, tapi lebih pada nak isi masa dia dari asyik mainnnnnnnnnnnnn jer.. ha.. bukan main sikit-sikit. Siap berkampung kat bawah rumah ni ha.. Kurang-kurang, ada masa yang dia guna untuk belajar. Nak harap saya dan en suami, takat tengok homework bolehlah..lebih-lebih tak kot. Honestly.

Bentuk peribadi anak.. kecemerlangan datang kemudian, insyaAllah.

Saya pernah mengalami di mana anak saya 'Alawi dan Aisyah ni lambat membaca. Masa 'Alawi di PASTI, dapat nombor last-last. Aisyah pula 6 tahun saya pindahkan tadika yang lebih baik. Mahal, tapi berbaloi buat mereka. Parenting skill memang boleh baca. Tapi amalannya perlu bersungguh-sungguh dan dalam pada saya yang tak berhenti mempunyai anak kecil, ia bukan sesuatu yang mudah. Alhamdulillah, belajar dari pengalaman. Kukuhkan foundation. Moga-moga, bila saya sambung PhD anak saya sudah boleh berdikari dan saya pula tak perlu nak jadi wonder moman lah sangat. :)

No comments: