Berurusan dengan manusia memang sudah namanya manusia.. saya juga manusia namun saya cuba memahami walau kadang-kadang tak faham.
Pening.
I
Tarikh akhir sudah dekat. Macam biasa saya bagi amaran, jangan last minute baru nak emel saya, saya jarang dapat berteleku pada bukan waktu pejabat. Namun, apa guna ada smart phone kalau tidak memudahkan. Alhamdulillah, saya boleh respond selagi waktu saya sedar.
Tetapi macam biasa sudah namanya manusia, pasti ada yang alpa. Dah lepas waktu pun masih ada yang tertinggal keretapi.
Adakah tujuan memudahkan itu jadi susah? Saya kena fikir semula sedalamnya walau saya sudah cuba yang terbaik.
II
Tempoh diberi dalam masa 14 hari. Namun saya ni beria-ia buat seawal mungkin sebaik sahaja dapat tahu kelulusan. Rasa macam terlampau pulak excited tapi saya padamkan rasa ragu-ragu itu lalu buat secepat mungkin dan hantar secepat mungkin. **Nak cepat lagi tak boleh derrr.. dah tu sebelum lulus tu banyak proses. Ini cerita 20 Mac lepas.
Tarikh tutup esok. Mula minggu lepas mencari orang, hari ni main pass - pass bertanya lantas orang terakhir hampir kena marah. Astaghfirullah.. bukan salah dia pun. Dah tu masing-masing nak lepas tanggungjawab.
Saya fikir semula tujuan. Mungkin yang susah tu mudah?
***
Manusia itu tidak sempurna. Adakala kita rasa ia sudah bagus, namun banyak compang-campingnya di sana sini. Namun saya melihat kembali, dalam dua penceritaan di atas, ada manusia yang cemerlang sifatnya. Dalam kisah I, ada yang seawal hari pertama sudah emel saya, bila di reject, segera membetulkan semula. Dalam kisah II, ada yang telah cuba membantu seawal mungkin, siapkan sesegera mungkin urusan manusia lain. Namun manusia itu tidak serupa.
Pengajarannya, semak semula diri kita. Mungkin ada silap yang perlu diperbetulkan di mana-mana.
No comments:
Post a Comment