Pages

07 January 2015

New chapter in life

Bismillah wa salam..

Alhamdulillah.. pagi tadi baru sudah sit for final exam. Selesai satu perkara dalam semester ini. Saya tak pernah terfikir dalam usia yang menginjak ke 4-series saya berpeluang untuk mengulang semula rutin sebagai pelajar seperti lebih 11 tahun yang lalu. Bezanya, kali ini saya ambil satu subjek sahaja.. selebihnya kerja-kerja research yang macam daun-daun berterbangan.. sungguh berterabur tak tau nak kutip mana satu.. ahhahahaha..

A new chapter begun.

Setelah mendaftar sebagai 'student' awal September 2014 (exactly 2nd September 2014), pada mulanya pelbagai rasa berperang dalam diri. Ia bukan satu proses mudah bagi saya. Bila sv minta register 1 kuliah, haishhhhh.. :P Fikir jadual kuliah yang mula pukul 8 (masa register jadual dah ada), tambah pula bila fikir kena ambil test bagai. Masa tu rasa 'kenapalah aku tak further PhD kat UTHM jer??' Haaa.. macamtu lah rasanya.

Bagaimanapun, orang yang paling kuat menyokong dan memberi semangat adalah en suami. Saya a little bit down sebelum mula semester. Kuliah akan bermula 8 pagi hari Selasa dan Khamis. Maka, takkanlah en suami nak cuti tiap minggu nak hantar wife dia kan, lagipun tugasnya yang memang lain dari waktu pejabat tu tak mengizinkan. Saya sebenarnya plan nak jumpa sv mungkin dalam 2 minggu sekali ke kan.. kurang sikit travel. Tapi memang tak lah kalau dah ada kuliah. Jadi, en suami lah yang tolong cek kereta, tukar tayar, tukar bateri.. tukang isi minyak pada malam sebelum bertolak, termasuk jadi tukang cucuk duit, selebihnya pesan en suami 'yakinlah Allah memelihara orang yang menuntut ilmu'.

Sv saya juga meredakan sedikit kebimbangan saya. Awal pertemuan, dia mahu clear semua, ceritakan pada dia bagaimana keadaan saya, berapa kali nak ke UPM, bagaimana plan.. supaya masing-masing berada dalam win-win situation. Kerana itu dia menetapkan pertemuan kami pada hari Khamis, selepas kuliah supaya saya tak perlu travel banyak kali. Dan dia juga berpesan tak perlu stress untuk skor test bagai.. ambil kuliah dengan enjoy, to gain knowledge. :P Anehnya.. saya lega lepas dengar tu (tapi as a lecturer.. tak kan tak nak skor A kottttt???) Alhamdulillah.. semester ini sahaja saya ada 11 pertemuan dengan dia. Saya berurusan dengan seorang yang sangat committed dengan tugasnya. Allah hadirkan saya manusia baik-baik, bukan satu kebetulan. Teringat sv masa Master. 

Maka bermulalah kisah travel saya setiap Selasa dan Khamis. Bangun seawal 3.15 pagi, bersiap, selewat-lewatnya 4.15 pagi mesti mula perjalanan. Lebih kurang pukul 6 pagi akan tiba di R&R Ayer Keroh. Berhenti solat Subuh dan sarapan. Makanan kegemaran mee hoon goreng/nasi goreng + asam pedas daging + air nescaffe. 6.30 pagi, terus bertolak ke UPM. Itulah rutin saya. Tidaklah smooth macam tu setiap minggu. Bagaimanapun bagi sebilangan besar sepanjang semester, macam tu lah keadaannya.

Ada masa-masa perlu attend workshop - jika hari berturutan, saya tak balik, tidur hotel. 

Ada minggu test - pergi hari sebelum, bimbang ada masalah dalam perjalanan, nanti sampai lewat.

Pernah sekali saya lewat bangun, 4.30 pagi baru sedar. Apa lagi.. setengah jam siap, pukul 5 keluar, singgah R&R Pagoh, panjat tangga berlari untuk solat Subuh, lepas tu terus pecut ke UPM. Alhamdulillah sampai sebelum lecturer sampai. Tapi tu je sekali, lepas tu memang doa janganlah saya lewat bagun lagi. 

Jalanraya pula, jika biasa travel.. ia bukan se 'baik' yang disangka. Pagi-pagi gelap traffic jam kerana accident, kabus tebal tak tentu masa, highway bermula dari Senawang yang masih dalam construction, selalu jam. Beberapa kali agak lewat masuk kuliah kerana traffic jam. Bagaimanapun luckily jarang lecturer punctual masuk pukul 8 tepat. So, saya tak lah lewat mana.

Test dan final exam, Alhamdulillah. Mengimbau kenangan zaman UTM, ye lah exam mana ada sebijik formula baik hint pun yang diberi. Maka menghafallah saya bagai nak pengsan. Honestly, lega bila habis final exam tadi tapi tak boleh leka, esok nak jumpa sv. PhD is not about lecture, exam, assignment bla bla bla. At the end of the day --> your research work yang jadi hero.

Itulah serba sedikit perjalanan hidup saya sepanjang semester ini. Inipun, saya masih di bumi Serdang, dari semalam. Esok insyaAllah lepas jumpa sv akan balik ke Parit Raja. Menyambung tugas sebagai isteri dan ibu. Title yang utama. :)

Memetik pesanan speaker masa workshop, "Your family is number 1, but your research is also number 1, so make sure you manage it well".

1 comment:

Dr. Norziha said...

Alhamdulillah. Satu permulaan yang sangat baik. Saya doakan yang baik baik untuk akak. Selamat berjaya kak banun. Love you.