Bismillah wa salam..
Alhamdulillah masih Allah beri kewarasan sehingga hari ini.
Semester yang amat sibuk. Nampaknya saya perlu ambil kelas lagi sem ni. Lagi best kelasnya mempunyai assignment yang mencabar. Mencabar fizikal dan mental. Ditambah perlu hantar full paper untuk seminar dan preparation untuk proposal presentation. Result untuk full paper tak cantik (nangissss..) dan pada asalnya proposal presentation patut Jumaat minggu depan (double nangisss). Syukurlah sv berkeras tidak mahu students dia present awal. Maka ditangguhkan ke akhir semester. Menangis tak keluar air mata... tersekat dalam hati. Setiap kali jumpa sv (seminggu sekali), setiap kali tu ada tugas baru. Walhal task yang sebelum ni belum selesai dengan sempurna. Maka berlakulah lambakan tugas yang kalau nak selesaikan memang tak payah tidur malamlah jawabnya. Moga Allah beri kemudahan. Saya pasti SEMUA yang sambung PhD memahami perkara ini. Cukuplah tentang PhD.
Khadijah 3 tahun
Alhamdulillah, puteri bongsu (setakat ini) sudah mencecah umur 3 tahun pada 30 Mac 2015 yang lepas. Kami hanya sambut dalam family kecil kami dengan sebiji kek yang masih ada pada hari ini. Saya tak masak apa pun, cuma minta en suami beli burger sebab Khadijah ada sebut nak makan burger sebelum tu. Jadilah.. tu pun burger ada yang tak termakan..
Perangai Khadijah semakin besar semakin manja. Dulu-dulu (masa umur 2++), jika minta tolong sikit, segera bangun buat. Minta ambil bantal, terus dapat. Minta letak botol susu kat sinki dapur, terus angkat. Pendek kata rajin lah sangat dia. Tapi, makin menginjak ke 3 tahun, makin 'M' pulak si kecik tu. Minta ambil bantal, siap boleh pass kerja suruh abang dia ambil. Kalau tengah main tak payahlah panggil.. dia buat tak tahu jer.. haishhh anak.. anak.. Makin besar juga makin besar tantrum. Dia suka curah lego. Tah apa yang dia sakit hati tengok lego tu dalam bekas tak tau lah. Bila saya minta kutip, dibalingnya merata-rata. Saya dahlah rimas tengok lego tu masuk merata bawah kerusi, bawah meja.. Geram.. tapi bila teringat rasa lawak pulak. Nak pujuk senang jer.. dukung dan peluk. Semua budak kecil macam tu.. tapi kesabaran sebelum nak boleh ke peluk ngan dukung tu kena tinggi. :P
Hari-hari doa moga Allah mudahkan urusan. Sudah tentu dalam kesibukan sekarang, ada yang terabai. Bagaimanapun en suami banyak sangat membantu. Saya tak berapa nak fikir untuk perfection (mustahil), cukup boleh selesaikan kerja-kerja dah cukup menenangkan diri sendiri (kerja-kerja PhD dan kerja-kerja rumah). Jika ditanya, adakah saya menyesal sambung PhD apabila sudah berkahwin, anak 4 dan sudah berusia? InsyaAllah tiada penyesalan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. :)
No comments:
Post a Comment