Pages

16 March 2017

Plan jurnal kehidupan

Bismillah wa salam..

Wifi U nampaknya dah dapat di rumah ni. Sementara atau kekal tak tahulah. Saya pun tak kisah. Dah terbiasa guna handphone, laptop pun dilupakan untuk melayari internet. Cuma jika ada perkara macam isi borang, transfer duit atau cari research article baru saya online guna laptop. Tapi sekejap saja sebab guna data handphone kan. Tapi dah ada wifi U ni, mula-mula guna untuk dengar youtube saja. Cari lagu-lagu lama zaman dulu-dulu, nasyid dulu-dulu. Nak dengar radio harapnya masa naik kereta sajalah.

Tiba-tiba teringat pada blog. Nak post entry baru, siap lupa password. Adoila! Sebab guna google acc yang juga berkongsi dengan acc emel di handphone, jadi kadang-kadang arahan suruh tukar password la, letak key la.. bila buat di handphone, lupa update di laptop. Jadinya Alhamdulillah boleh tukar password lain hahahahha. Maka ni password baru, dah catat tapi entahlah heh.

Saya nak mencatat 4 perkara sekarang.
1. Semasa - Kehidupan semasa. Keluarga, anak-anak, saudara, kerjaya dan lain-lain pada kadar semasa.
2. Nostalgia - Nak imbau kenangan lalu. Kisah zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman universiti, zaman mula kerja, zaman kahwin hinggalah zaman ada anak. Semua tu kenangan.
3. PhD - Kenangan sambung PhD. Walau banyak mengular (hahahhaha) dari belajar, nak juga tulis. Semua tu akan jadi pengalaman berharga. Kisah saya kisah biasa. Tak ada perkara bombastic dan fantastic. Cuma harap bukan plastic heh.
4. * - Yang ni hmmmmm buat setakat ni kena kiv. Bak kata en suami, tak konsisten! Ya lah. Kuang kuang Kuang.

Asal mahu tutup blog ini. Dah tekan option private dah pun. Tapi publickan semula sebab rasanya tak ada orang baca pun hahahhaha. Jadi kita publickan saja. Kurang-kurang bila nak mengata orang tu ingat-ingat sikit. Syok sendiri? Biarlah! Menulis ni terapi. Terapi saya membaca dan menulis. Tak perlu cakap pasal membaca Al-Quran, itu sudah pasti terapi paling agung. Cuma sekarang sebab zaman sudah berubah, banyak membaca di handphone. Tapi saya mahu kurangkan. Serius. Saya ada facebook yang saya follow semua orang-orang hebat. Kisah yang mereka tulis sangat memberi inspirasi. Tapi adakala bila mengadap facebook di handphone, masa seakan cepat sangat berjalan. Sejam tanpa sedar. Belum campur tengok ig nak beli barang. Sejam dua lagi. Dahlah. Tauk buang je lah handphone tu. Saya dah mula buka semula buku-buku yang menunggu untuk dihabiskan. Banyak woih senarai.

Terapi kedua, menulis. Bercerita. Saya suka baca buku cerita, sekarang saya suka baca buku yang mempunyai gaya bercerita kisah hidup. Saya juga suka bercerita dengan en suami. Kadang-kadang cerita yang sama saja.. hehe. Menulis adalah satu cara untuk bercerita. Saya terus-terang belum berjaya menulis diari dengan lengkap sejak dari saya lahir hingga sekarang. Planner pun setakat tahun ni bulan 3 baru lah nampak penuh. Itupun Alhamdulillah tahun ni terbeli planner yang senang (dan menyenangkan mata) nak tulis tambah lagi dengan azam nak plan kehidupan seharian. Walau kadang-kadang ke laut juga apa yang di plan tapi bolehlahhhh. Boleh jadi rujukan hari-hari seterusnya. Dah nak 38 tahun baru nampak jalan hahahah. Atas sikap inilah saya bukan seorang yang konsisten dalam catat sesuatu dalam blog. Padahal penting tu tulis jurnal hidup, supaya kita boleh semak semula apa yang kita lalui sehari-hari. Kita rasa kisah hidup kita biasa-biasa sahaja, padahal Allah dah tetapkan jalan hidup kita, dan tiada yang sia-sia di sisiNya! Tapi tak apalah.. better late than never.

Panjang berangan ni, harap terlaksanalah kahkah. Sebenarnya dah lama berangan nak menulis di blog tentang 4 perkara tu. Di facebook saya tak suka, sebab tau ada kawan-kawan sekolah, kawan-kawan U dan kawan-kawan kerja yang saling kenal tapi tak rapat mana. Nanti kita tulis lain, orang baca lenggok lain sudah jadi satu fitnah pula. Jika di blog selain tak ada orang baca, jika orang lain yang tak kenal baca pun, memang tak kenal kan. Apadahal. OK. Moga berjaya untuk diri sendiri :)

No comments: