Pages

21 March 2017

Perancangan Allah

Bismillah wa salam..

Alhamdulillah. Ahad 19 Mac, Emak, Ayah dan adik bongsu telah selamat pulang dari mengerjakan umrah. Menurut whatsapp dari Ayah, jangkaan tiba pada 12 tengahhari, tetapi Allah mudahkan perjalanan balik mereka, pukul 10 dah tiba di KLIA. Kami sebenarnya masih di Pagoh waktu itu. Masih dalam perjalanan. 5 orang adik saya yang lain sudah ada di KL waktu itu, tapi ye lah KLIA bukan sebelah rumah kan. Masing-masing plan nak keluar pukul 11 lebih, jadi pukul 10 tu masih sedap lepak-lepak lagi. Bila dengar macam tu bergegas bersiap haha. Apapun bila dengar suara ceria Emak, lega rasa. Emak memang agak kurang sihat sekarang. Sebab itu adik bongsu terpaksa ikut. Kami tiba sebelum pukul 12 di KLIA, lebih awal sampai dari adik saya yang di KL heheh. Punya lah en suami ambil kesempatan memecut.

Kami memang plan untuk tidur rumah adik di KL. Jadi lepas ambil Emak, Ayah dan adik kami gerak terus ke rumah adik. Esoknya (Isnin) baru nak balik ke Parit Raja sebab Rabu saya perlu berjumpa dengan sv. Progress tak berapa ada. Emak, Ayah dan adik akan balik ke kampung dengan adik ke 2 sebab mereka suami isteri cikgu, jadi cuti sekolah memang mereka cuti. Cuma suaminya ada kem hingga Isnin, maka rancangannya Emak, Ayah dan adik akan balik hari Selasa bersama mereka. Gitulah plannya. Tetapi manusia hanya merancang.

Pagi Isnin sebelum solat Subuh tengok ada missed call dari nombor bapa saudara saya pukul 5.++ pagi. Tapi sebab dia jarang call saya anggap cucunya tertekan ehehe. Jadi tak adalah saya call semula. Beberapa minit kemudian, adik bongsu saya maklumkan, Tok Su kami (adik arwah Tok saya yang bongsu belah Emak) telah meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihiraajiuun. Usai solat Subuh, Emak masuk ke bilik saya tanya macammana. Tengok Emak dah sebak sebab sebelum umrah dia tak dapat jumpa Tok Su, sebab masa pergi ke rumahnya dia keluar. Walaupun dah jumpa beberapa hari sebelum, tapi Emak tetap terkilan sebab tak dapat jumpa saat akhir. Saya bincang dengan en suami, kami dan adik ke 3 akan ikut Emak dan Ayah balik kampung. Manakala adik bongsu akan balik dengan adik ke 2 hari Selasa. Maka setelah siap-siap, kami bertolak ke kampung pagi tu juga. Saya dan en suami memang tak plan nak balik kampung. KL ke kampung dalam 4-5 jam juga. Tapi balik jugalah dah emergency. Dipendekkan cerita, kali ni plan lain, jadinya lain..

Maka, esok saya terpaksa minta excuse dengan sv untuk tak jumpa. Bukan apa, kami sampai rumah 12.++ malam tadi. Saya balik juga ke Parit Raja sebab en suami tugas Subuh, Kot tak, rasa nak balik hari ni saja. Penattttt. Saya jarang tidur dalam kereta tapi semalam dari Mersing saya dah terlelap. Kadang terjaga-jaga sebab en suami kan bawak macam pelumba F1. Risau juga sebab saya ni ada sejarah jadi macam vertigo jika terkejut sangat dari tidur. Alhamdulillah tak semalam. Pagi ni bangun dalam keadaan penat. Sekarang pun penat tapi hadap je lah laptop ni. Unpacking bag, simpan itu ini, anak-anak pulak cuti sekolah. Khadijah asyik merajuk tak habis-habis sebab saya banyak main dengan 3 orang anak saudara yang paling kecik. Yerlah dia dah besar kan.. bagilah saya main dengan baby hahahhahaha. Ok sebenarnya nak cerita, kita manusia ni hanya merancang, tapi perancangan Allah juga segala-galanya.. :)

3 comments:

FlowerH said...

Assalamualaikum akak

apa yang dirancang tu..dah nak ade baby baru ke ? hehe

Ummu said...

Tak plan pun baby baru.. hahahahahah.. syok main ngan baby tapi tak laghat ghasa nak ikut waktu tido baby :P Main ngan anak sedara je la. ramai pulak tu.

FlowerH said...

haha..okay la tu..eh akak 4 org kan..ke 5 eh..leh lupe pulak :)