Pages

06 February 2018

Rindu

Bismilah wa salam..

Ada masanya, tiba-tiba rasa rinduuuu sangat pada arwah Emak. Perasaan tiba-tiba.

Saya boleh bercerita tentang arwah Emak, gelak-gelak.. tapi saya benteng hati supaya saya tidak mengingati betapa berkorbannya Emak sepanjang hayatnya pada kami 9 beradik. Saya terpaksa kenang kesakitan Emak pada bulan-bulan akhirnya, supaya perginya Emak menghapuskan kesakitan yang Emak alami. Penyejuk hati supaya saya tidak menangis.

Tapi ada ketika, saya terkenang. Banyak masanya saya terkenang.

Mungkin baru sangat Emak pergi.

Saya rasa sangat kehilangan bila Emak tidak boleh bercakap lagi. Saya rindu nak berborak macam-macam topik dengan Emak. Sampai panas telefon, tak pun telefon Emak yang habis bateri baru kami berhenti berborak. Tapi bila balik kampung, saya dengar jugalah Emak menjerit.. :P Tapi sekarang, saya tak dapat dengar suara Emak buat selama-lamanya.

Al-Fatihah buat Emak. Kakak sayang Emak sangat-sangat.


1 comment:

Dr. Norziha said...

Al Fatihah. Semoga emak akak dipermudahkan kehidupan selepas kematiannya. Amin yra.