Pages

10 January 2018

Bismillah wa salam..

Musim menanda kertas peperiksaan. Musim stress. Ya stress tengok jawapan pelajar. Macam tak pernah belajar. Seriously??? Pelajar U?

Mari campak ke belakang.
Saya bukan pelajar yang rajin. Dari sekolah pun saya bukan rajin. Tambah-tambah nota-nota salinbalikdaribukuteks memang selalulah tak siap. Kalau siap pun, kemain ringkas. Hahahahha. Salin nota kawan, dia punya dah ringkas. Saya ringkaskan lagi. Owhhhh zaman sekolah. Banyak kisah saya  buat jahat dengan muka inesen. Bila tak rajin, memang mimpilah kan nak jadi pelajar cemerlang.. :P Tapi saya makesure saya tak corot. Dan saya makesure result saya berada di tempat yang betul, pada masa yang betul, dengan cara yang betul.

Dengan kata lain, bila saya di MRSM, saya pastikan saya layak sebagai pelajar MRSM. Bila saya di U, saya pastikan saya layak sebagai pelajar U. Be smart. Kekekkeek.

Honestly, saya agak regret dengan ke'rajin'an saya masa sekolah dan di peringkat degree U. Belajar last minute. Tapi satu perangai saya, saya tak suka spot soalan. Saya baca dan fahamkan semua. Tapi bila macam tu, saya study memang lambat. Sebab prinsip saya, biar lambat tapi fokus dan tak perlu ulang banyak kali. Tapi tu la, dah tau macam tu..bila last minute, apa rasa? Mesti tak sempat kan?  Tapi seingat saya, saya sempat je study semua. Pulun betul. Pagi tengah hari malam saya di meja study. Study week memang tak balik kampung. Saya makesure sebelum masuk exam, saya tamat study semua dan faham. Cuma tu ler.. carry marks tak cun, jadi nak A A A tu memang tak la. Saya ingat lagi, saya kejar nak capai target pada semester yang terakhir. Masa tu saya jadi rajin kejap. Boleh je pun, Tapi bila master, saya jadi 'rajin' semula. Apa-apalah.. heheheheh.

Ok. Saya nak cerita tentang pelajar semester ini.
Dah lama saya tak mengajar. Awal semester, saya macam lupa. Bukan setakat lupa content nak ajar. Tapi lupa cara nak mengajar. Saya tanya-tanya dengan kawan-kawan lain. Lagipun saya tak pasti nak expect apa pada pelajar zaman kini. Terlebih berteknologi kah? Smart sangat kah? Pendek kata semua yang baik-baik dan canggih-canggih la expectation saya.

Bila tengah semester, saya macam diberi ingatan semula. Jadi, saya dah ingat semula cara efektif nak mengajar. Tolak tepi modul, itu untuk rujukan pelajar kemudian. Di kelas, saya guna nota saya dan contoh saya. Saya lebih selesa begitu. Tapi satu yang saya kesan, pelajar zaman kini (atau kumpulan yang saya ajar kini), tidak secemerlang pelajar dulu. Bukan sepatutnya terbalik ke? Sebab zaman dah semakin canggih. Saya lihat mereka ini pandai, bukan tak pandai, tapi macam tak ada initiatif untuk belajar. Tiada usaha lebih untuk study. Wellll semua tu diluahkan ada paper test dan final mereka ye. Mengharapkan pensyarah bagi tips tu dah satu. Kemudian, harap soalan senang gila. Eh ada je soalan yang sama sebijik macam modul, pun tak dapat jawab. Pelik. Tu yang saya teringat juga masa saya dulu-dulu. Saya memang tak rajin, tapi bila final exam tu saya study betul-betul. Jangan nampak bodoh nau kita ni tapi nama pelajar U. 

Kalau dah direct question pun tak dapat jawab, apatah lagi indirect punya question. Meraban la jawabnya. Saya ingat lagi di UPM. Soalan final exam bapak gila susah. Kalau kira kita tak menguasai subjek tu, basic kelaut, memang tak dapat jawab. Sebab dia twist.. contoh, jika asal dia mention order of the R-K method dan minta kita derive that method (dalam nota) tapi masa final tu, dia bagi formula R-K method tu dan minta kita cari ordernya, kira jalan kerja terbalik dari yang dalam nota. Haaahaha.. saya ingat soalan ni sebab Alhamdulillah Allah bagi ilham. Kalau keluar soalan macam ni pada student sini agak-agak? (mati pensyarah kena kutuk kaw-kaw sebab tak ajar kononnya kan?) Well yang di UPM tu final exam sekali dengan pelajar degree yer. Bukan pelajar PhD saja. Means, standard soalan mereka sangat tinggi. Itu baru pelajar U. Memanglah in real life kau nak guna mana benda-benda tu, eh ada je, sebab math applicationnya kita tak nampak sebab dah diprogramkan. Tau-tau kerja kita senang guna mesin tekan-tekan jer. Padahal algorithm disebaliknya? Heheheheheheh. Proud to be mathematician ya!

Saya menanda kertas mereka dalam keadaan penuh kesabaran. Serious! Berkali-kali tanya dari mana mereka-mereka ini? Jangan tak tau, ada yang sangat pasrah dengan ketidakpandaian mereka. Pasrah yang salah. Bila dah susah, belajarlah kan? Dah tau tak pandai, usaha lebih sikit. Tapi tak. Saya faham jika masa test tak performs sebab banyak test lain, banyak kelas, banyak lab, banyak assignment, banyak project, banyak la segalanya katanya.. tapi kalau nak tahu pelajar-pelajar ini final mereka bermula lambat. Dan subjek saya ni, subjek yang pertama/kedua lepas tu mereka ada gap lagi untuk subjek seterusnya. Mereka ada 2 minggu free termasuk study week untuk mereka belek puas-puas subjek-subjek yang mereka nak jawab final exam. Tapi apa mereka buat? Balik kampung kan? Final revision? Apa tu? Pasrah je lahhhh.. Tu lah pasrah yang salah.

Ini pandangan saya sebagai pensyarah. Pelajar sekarang, tak lut ditegur. Kita tegur mereka supaya datang awal ke kelas, lagi lambat lagi mereka masuk kelas. Kita tegur mereka supaya jangan ponteng kelas, lagi mereka ponteng. Kita tegur mereka jangan meniru dalam test.. kau rasa? REBELS la konon. Jadi sampai satu masa, saya diam sahaja. Saya tak tegur dah.. saya cuma doakan biarlah Allah yang membalasnya. Doa yang baik-baik sahaja. Yang lambat masuk kelas tu, bukan lambat sikit yer.. hampir setengah jam. Saya berulang dari Parit Raja ke Pagoh lebih sejam yer.. boleh sampai awal masuk kelas. Mereka? Kolej seberang pagar saja.. lepas tu nak kita paham dia tidur lewat bangun lewat bla bla bla.. what the fish betul la. Hahahhahahaha. Saya pernah nak menitik air mata bila hampir separuh tak datang kelas sebab ada test subjek lain dalam masa terdekat. Menggigil rasa. Tapi saya tak marah pun, sebab menghargai sangat pelajar yang hadir. Itulah turning point saya tak kata apa-apa dah lepas tu. Suka hati lah nak buat apa pun. Walau lepas tu kehadiran macam biasa, tapi saya rasa tak terpujuk pun :)

Ok nak sambung menanda. Tengoklah nanti bila masing-masing terima grade. Grade yang melambangkan keberkatan.

No comments: