Pages

03 February 2009

-->>> Target

Bismillah..

Huih.. Banyak sungguh target saya akhir-akhir ini. Target kerja lagilah banyaknya.. rasa semua mahu disiapkan cepat supaya saya boleh cuti bersalin dengan aman. 60 hari boleh rehat dan tumpu pada orang baru betul-betul. Tak nak lah cerita pasal kerja, saya cuma harap, semuanya dapat dibuat dengan baik dan teratur.

Saya cuma nak senaraikan sasaran yang terdekat sahaja. Target jangka panjang memang banyakkk. Ish!! Banyaknya angan-angan saya. Tapi insyaAllah.. bukan angan-angan Mat Jenin tau!

1. Solat di awal waktu.



Hari bekerja atau tidak, sama sahaja. Hari bekerja, azan betul-betul jelas, maklumlah pejabat di tepi masjid. Tetapi selalu saya leka membuat kerja. Tangguh-tangguhkan solat sebab nak dahulukan kerja, bimbang lepas solat tidak teringat ataupun bimbang tidak sempat. Sedangkan saya lupa, masa itu milik Allah.. dahulukan urusan Allah dan urusan lain akan dipermudahkanNya. Hari cuti pula saya leka dengan mengemas, membasuh, memasak.. sampai tengahhari saya terjelepuk depan tv dan asyik tangguh waktu solat. Apalah saya ni!

2. Kosongkan tray di rumah dari lambakan kerja pejabat.


Sebelum dan Selepas.. ok lah tu

Saya dah pun usahakan hari Ahad lepas. Kurang-kurang disiplinkan semula diri kerja pejabat tidak boleh dibawa ke rumah. Walaupun kadang-kadang saya rasa jika ada sedikit, boleh juga membaca tetapi rasa-rasanya tidak perlu kot. Layankan anak-anak dan suami.. :)

3. Update blog!



Saya culas betul nak update blog. Walaupun untuk catatan saya sahaja, tetapi sebagaimana diari, blog juga boleh jadi tempat meluahkan perasaan. Juga sebagai kenang-kenangan (jika tak hilanglah). Juga menjadi tempat berkongsi informasi dan melatih diri menulis dan menulis. Seperkara lagi, saya mahu berlatih menulis bahasa melayu dengan betul :) Tanpa rojak dan tanpa disingkatkan perkataannya. Jadi, jangan rasa saya 'skema' jika menulis dengan ayat yang memang 'skema'. Saya mahu menjadi seorang yang tidak mencemarkan bahasa kerana jika bukan kita, siapa lagi yang mahu memartabatkan bahasa ibunda?

Itu dulu tiga sasaran jangka pendek saya. Moga Allah permudahkan untuk saya mengikutnya. Semoga hari akan datang sentiasa lebih baik dari hari ini.. Amin..

2 comments:

Ibu Aunis said...

betul la banun. Kita mesti menjadi manusia yang memartabatkan bahasa melayu. Teringat talk show Ally baru-baru ini tentang martabat bahasa melayu. Tapi selalunya saya mesti terbabas disebabkan hendak menaip dengan cepat dan pendek.

senorita_2012 said...

Far.. itulah. Saya pun kadang-kadang nak broken English-Malay sebab dah biasa hari-hari. Tapi bila fikir, orang sekarang ni agung-agungkan sangat English, sedangkan orang kampung tak pandai sangat pun. Sebab tu jurang masyarakat bandar dan kampung nampak sangat dari segi ilmu sebab kita sibuk-sibuk nak guna English..

Apa kata, kita-kita ni yang naikkan semula bahasa kita supaya semua orang dapat ilmu. Barulah orang melayu Islam ni boleh maju. Terjemahkan buku/journal/etc yang ada ke bahasa melayu, bukan kita sibuk-sibuk nak ubah semua ke English. Tapi tu la.. ilmuwan generasi kita yang kena buat semua tu supaya satu hari, Melayu Islam ni tidak jauh terpinggir.

Hanya sekadar angan-angan :) Yang sudah di oversea, jangan lupa bawa balik ilmu banyak-banyak, ada masa buat terjemahan ilmu-ilmu penting. Jangan biar kita jadi pak turut sahaja. Semoga saya diperkuatkan untuk melalui semua ini. Amin..